Berita Semasa

Zamihan ugut Khalid Samad tindakan undang-undang...


Ekoran kenyataan Khalid Samad mendakwa Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin dilindungi individu berpengaruh, Zamihan telah naik hangit tak terperi.

 1) Zamihan menuntut Khalid membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang “jelas berniat jahat” dan cuba merosakkan imejnya atau berdepan tindakan undang-undang. 

2) Zamihan tuduh Khalid cuba memburukan imejnya dan “suka berbohong” dan “gemar memfitnah” individu yang berbeza fahaman agama dengannya. 

3) Zamihan cabar Khalid untuk berdebat di mana-mana lokasi yang dia tetapkan. 

Kesian kat mamat ekspresi celupar ini. Dia tak sedar yang dia sendiri yang telah merosakan imejnya, tapi masih mahu menyalahkan orang lain pula.

 Dia sendiri melampau-lampau hentam orang, tapi cuba menagih simpati orang ramai bahawa kononnya dia difitnah…

 Ketika isu kontraversi Dhobi Mesra Muslim jadi viral, Zamihan telah menyalahkan beberapa media dan mendakwa laporan laman gosip itu “jelas berniat jahat dan berunsur fitnah” dan “cuba mengeruhkan relasi antara agamawan dan Istana” berhubung isu dobi khas untuk umat Islam sahaja.


Zamihan memberi tempoh tujuh hari kepada FMT, MMO, NSTP dan Zaid untuk menarik balik “tuduhan liar” dan mengemukakan permohonan maaf kepadanya saya secara terbuka.

 “Jika gagal berbuat demikian saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah saya tanpa prejudis,” katanya di sini

Lani dah lebih tujuh hari semenjak dia keluarkan kenyataan pada 11 Okt lalu…Dah ambil tindakan atau belum??

 Eloklah buat yang itu dulu sebelum nak ugut Khalid Samad dengan tindakan undang-undang…

 Pada hari tu juga Zamihan berbohong kononnya dia sudah berhenti dari berkhidmat dengan Jakim… 

 Menurut katanya, dia sudah 13 tahun tidak berkhidmat dengan Jakim, sebelum ke Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), kemudian dipindahkan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga 2016....

 “Di mana saya (kerja) sekarang rahsia,” katanya.

 Zamihan cuba merahsiakan khidmatnya di JAKIM alasannya ialah berasa aib takut diketahui ramai bahawa cakapnya tidak serupa bikin.

 Sebelum ini Zamihan telah marah dan merajuk jika kena tukar serta merta dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan melaporkan diri ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Pada 18 Februari 2016 lalu.

 Zamihan telah berkata, sekiranya khidmatnya tidak lagi dibutuhkan di KDN, dia tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.

 Tetapi Zamihan rupa-rupanya tidak mengkotakan kata-katanya itu. Memang jenis suka berbohong. Dia terus bekerja dengan JAKIM… 

Zamihan terkantoi apabila Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha mengesahkan Zamihan seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

 Teringat yang tidak lama dulu bukan main bernafsu Zamihan cabar Dr Maza untuk berebat dengannya dimana sahaja. Tetapi jika Maza sambut cabarannya, Zamihan tak berani dan bagi alasan alasannya ialah instruksi daripada pimpinan tertinggi negara....

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zamihan ugut Khalid Samad tindakan undang-undang..."

Post a Comment