Berita Semasa

Yayasan Amal Kelantan dapat ratusan ekar tanah?

Ust Che Ibrahim Mohamed

Timbalan Presiden Amanah Kelantan, Ust Che Ibrahim Mohamed tidak menyerupai Lebai-lebai Pandir Pas Perasan Aku Suci yang buat fitnah tapi tidak pernah mengaku dan minta maaf walaupun telah dibuktikan pembohongannya.

Hj Hadi memfitnah orang jual pil kuda, Sudin Copong kantoi pasal status tanah Wisma Tok Guru, Dusuki Abdul Rani fitnah LGE sombong , Abu Syafiq Al-Asy'ri fitnah Dato Husam songlap duit sumbangan banjir... banyak lagi senarai pembohongan Lebai-lebai Pandir kalau nak disenaraikan di sini memang tak muat!

Jauh berbeza dengan sikap Timb Pengerusi AMANAH Kelanta, Che Ibrahim Mohamed (CIM) yang baru-baru ini telah mengakui kesilapan mengenai maklumat derma banjir oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan telah memperbetulkannya. 

Kesilapan CIM itu hanyalah merupakan kekeliruan perihal Yayasan Amal Kelantan dan Jabatan Amal Kelantan dan Unit Amal Pas. Mungkin kerana nama-nama yang hampir sama itu punca timbulnya kekeliruan tersebut.

CIM telah mohon maaf berkali-kali di atas kekeliruan tersebut dan menyatakan bahawa Yayasan Amal Kelantan memang tidak terlibat dengan kerja-kerja derma banjir 2014, yang terlibat yaitu Jabatan Amal Kelantan dan Unit Amal Pas. 

Seterusnya CIM turut mendedahkan Yayasan Amal Kelantan, satu NGO berstatus "Badan Kebajikan" telah mendapat kelulusan  ratusan ekar tanah!

1) Di Jelutung 500 ekar 

2) Di Lebir 500 ekaŕ di Bukit Weng, Aring 6

3)  330 ekar di Aring 2.

 Menurut CIM, YB Zaki Haji Ibrahim pernah menjadi Pengarah kepada Yayasan Amal Kelantan ini.

 Mengenai status terkini tanah-tanah YAK tersebut, CIM tidak pasti perihal tanah yang di Jelutong, tapi tanah-tanah YAK di Aring telah dijadikan ladang ternakan babi dan pembiakan pelbagai spesis unggas rimba dan hutan kedua.

 CIM turut mendedahkan bahawa tanah ini juga pernah diberi lesen carigali mineral (PL) dimana kerja kerja awal telah dibuat untuk melombong bijih besi dan mangenese.

 Namun usaha ini juga telah lama dihentikan dan masih ada jentera jentera dan alat alat perlombongan ditinggalkan di daerah tersebut, ujar CIM.

 Selain itu CIM berkata pernah terlihat notis saman berkaitan tanah Yayasan Amal ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, tapi tidak tahu samada saman tersebut masih diteruskan atau telah diselesaikan di luar mahkamah.




Baca Juga:
Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, semoga hingga jadi arang!
PAS TERIMA LEBIH BESAR DARI 90JUTA.
RM100 juta : Program Pulau Pinang Bangkit
Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yayasan Amal Kelantan dapat ratusan ekar tanah?"

Post a Comment