Berita Semasa

WISMA TOK GURU : PAS KELANTAN MULAKAN PROVOKASI LAGI

Hj Fauzi, Hj Nor 13, Prof Dato Dr Halim, Abg Kob, Pok Bae,
Abg Wi,Abdullah Zawawi Haji Wahab telah membuat
Laporan Polis di Balai Polis Kubang Kerian.

Harini 30 Okt 2017, AMANAH Kubang Kerian yang diketuai Hj Fauzi, telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Kubang Kerian terhadap Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato Che Abdullah Mat Nawi di atas kenyataan ia di Sinar Harian untuk membuat Solat Hajat di Wisma Tok Guru milik Amanah pada 16 Nov 2017. 

Fakta Kes;

 1. Pekerja pejabat Pas, iaitu En Mohd Yasin telah membeli tanah yang menjadi tapak Wisma Amanah Tok Guru secara senyap2. Daripada mana datangnya duit tersebut?

 - Berunding senyap2 dengan pemilik iaitu isteri Arwah Dato Rosli Ibrahim selepas arwah meninggal, dan tidak dibuat waktu arwah Dato Rosli masih hidup kerana arwah telah serahkan kepada Amanah. 

- Mengunakan sepenuhnya Pegawai Pjbt Tanah Kota Bharu, sampai pergi ke rumah kediaman untuk tandatangan borang jual beli tanah bernilai RM700,000. Konspirasi! 

2. Status Pemilikan Tanah Masih Dalam Proses Perundangan di Mahkamah Syariah Kota Bharu, dengan Nombor Kes 0310009902692017. 

3. Amanah Kelantan juga dalam proses mengfailkan kes perebutan Wisma Tok Guru ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas simpulan di Mahkamah Syariah. 

4. Kes ini masih belum ada keputusan rasmi Mahkamah lagi, tapi Pas sudah membelakangi Undang-Undang Negara apabila dengan terang mengatakan akan buat Solat Hajat dalam daerah yang kini menjadi perebutan. 

5. Belum memerintah Negara sudah membuat Undang2 sendiri, nak Laksana dan Perkasakan Undang2 Syariah (RUU355 - Masih belum dibentang bentang) macamana bila macam ini perangai? Benda yang masih dalam tuntutan Faraid di Mahkamah Syariah pun nak langgar macam tu je?

 Anda nilai dan perhatikan sendiri gelagat PAS pasca TGNA kini, makin punah dan penuh dendam kesumat. 

Jika YA nak sangat, selesaikan lah mengikut susukan Undang-Undang, bukannya macam SAMSENG ibarat Pemuda Pas Kelantan dan Ketua Pemuda Pas Pusat (Anak TG Hj Hadi, Mantan MB Sepenggal) yang datangnya dari Terengganu. 

Rakyat Kelantan tidak boleh terima budaya Taksub Melampau yang diamalkan Pas Terengganu disini.

Syam Ghaz 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "WISMA TOK GURU : PAS KELANTAN MULAKAN PROVOKASI LAGI"

Post a Comment