Berita Semasa

Tak perlu sengetkan otak anda...

Nik Abduh yang mengecam Tun Dr Mahathir kerana membidas PM Najib pada Himpunan Anti-Kleptokrasi ahad lalu telah mendapat reaksi dari Ahli Parlimen Sepang,YB Hanipa Maidin.

Secara  sarkastik ,  Hanipa telah menampilkan satu analogi yang sangat menarik dan amat relevan dengan cara aliran Nik Abduh yang ada menyifatkannya sebagai nalar anak burung!

 1. Ada satu dongeng aku nak kongsi.Ia kisah seorang murid yang tak naik kelas. Lalu, ia protes kpd guru dia. Maka guru ia kata "jika kau nak naik kelas, aku nak uji kau terlebih dahulu". 

2. Maka guru itu guna kapur lukis satu objek kecil di papan hitam. Guru itu kemudian soal anak murid itu " Apa yg kau nampak di hadapan kamu? Murid tu jawab "Saya nampak sebuah objek kecil yang cikgu gres lukis di papan hitam itu." 

3. Sambil tersenyum cikgu ia jawab" Sebab tu lah kau tak naik kelas! Saya tanya apa kau nampak di hadapan kau ..kamu hanya nampak objek kecil yang aku lukis ...tapi kau tak nampak papan hitam yang besar dan luas itu!!!" 

4. So, mcm tulah setengah pemimpin parti suci..Mereka hanya sibuk nampak perkataan "Bugis" drp ekspresi Tun M dan kemudian meracau, yang Tun sebut berulang kali bahawa MO1 ialah pencuri, penyangak dan lanun kerana rompak wang rakyat M'sia dalam gosip 1MDB depa tak nampak!!!!! 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tak perlu sengetkan otak anda..."

Post a Comment