Berita Semasa

Siapakah yang gelabah sebenarnya?

 Pelik bin Ajaib- Datuk Ambiga pula yang nak disasat! 

1. Saya membaca laporan Malaysiakini yang melaporkan bahawa Datuk Ambiga sedang disiasat oleh polis berhubung apa yang dipilidkan oleh editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown di dalam pernyataan pembelaan Claire ke atas saman Presiden parti suci ke atas Claire di London. 

2. Bagi saya, ini siasatan paling "legendary" lah dalam sejarah perundangan manusia. Dan mungkin, ia hanya boleh berlaku dalam negara ini sahaja kot. 

3. Saya sengaja guna perkataan"diplidkan" di perenggan 1 di atas kerana itulah istilah undang-undang di negara ini atau di UK. Dalam undang-undang, baik saman atau pernyataan pembelaan seseorang litigan dalam Mahkamah, ia dipanggil "pleading". 

4. Setakat yang saya tahu, belum ada lagi di dalam mana-mana sejarah dunia yang bertamadun, mana-mana orang disiasat oleh polis kerana apa yang diplidkan di dalam "Pleading".Jika ada, ia sama ada perbuatan orang "majnun" atau perbuatan orang sudah hilang kewarasan berfikir. Dan mungkin ia juga sesuai dipanggil perbuatan membuli atau satu intimidasi. Titik. 

5 .Jika dah terlalu gatal dan ketagih sangat nak siasat juga, sepatutnya yang wajar untuk di siasat ialah orang yang berkata iaitu puan Claire dan bukannya siasat orang yang menjadi subjek yang dikata iaitu Datuk Ambiga..baru nampak logik...jika logik masih relevan lah. 

6. Lagi satu, apa yang diplidkan oleh Claire itu ialah fakta material ( a material fact ) bukan "evidence" dan fakta itu perlu dibuktikan terlebih dahulu di Mahkamah di dalam sessi perbicaraan di London nanti. 

7. Kes ini belum bicara lagi, awat tak tabah sangat nak tunggu tarikh bicara. Dari segi perundangan, Datuk Ambiga, sepertimana juga MO1, ialah "potential witness" bagi kes saman itu. 

8. Dengan siasatan polis ke atas Datuk Ambiga , beberapa problem timbul. 

a. Adakah polis di"paksa" atau di"arah" untuk mengganggu proses perbicaraan saman Presiden parti suci tu. Jika ya, siapa yang arah? Jika tidak, takkanlah polis Malaysia terlalu jahil asas perundangan? 

b. Adakah polis, khususnya IGP, telah bersedia untuk cipta sejarah ..insan pertama untuk diambil tindakan oleh Mahkamah di London kerana mengganggu proses perbicaraan atau menghina Mahkamah di Kota London? 

 9. Saya percaya para peguam Claire tak akan duduk membisu dengan perkembangan terkini tersebut dan bermungkinan besar akan memfailkan suatu permohonan di Mahkamah di London hasil daripada perkembangan terkini ini. 

10. Apakah permohonan itu? Wallahu 'alam . Tetapi, saya meramalkan peguam Claire akan failkan satu permohonan untuk mungkin membatalkan ( striking out ) saman Presiden parti suci kerana wujudnnya satu intimidasi ke atas "potential witness" dan juga berkemungkinan impian utk melihat perbicaraan yang adil dpt dijalankan telah terrjejas dengan teruk. Bagi saya, dua alasan itu ialah alasan yang kukuh untuk batalkan saman!!! 

11. Timbul pula problem lain. Adakah ini juga satu "perancangan yang disengajakan" bagi mengelakkan kes saman ini dibicarakan, yang mungkin menyaksikan MO1 dan Presiden parti suci bakal beraksi di dalam sangkar saksi dan berkemungkinan banyak " benda-benda busuk" mungkin terdedah di seantereo dunia? Tuhan sahaja yang tahu 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Siapakah yang gelabah sebenarnya?"

Post a Comment