Berita Semasa

PEMBELIAN TANAH WISMA TOK GURU OLEH PAS MELANGGAR SYARIAH


Bila Dato Rusli meninggal, semasa Isteri Dato Rusli dalam Eddah, PAS jumpa Isterinya dan tawarkan RM700,000 untuk beli. PAS bawa ADO dari pejabat Kota Bharu pergi ke rumah untuk sign borang 14A walaupun melanggar perintah pekeliling PTG Bil 5 yang menyatakan Pegawai Pejabat Tanah tidak boleh pergi ke rumah orang tukar nama orang atau tukar nama tanah. Tetapi PAS sanggup buat macamtu dan beli tanah itu.


1. Saya tidak bincang berita Wisma Tok Guru di ceramah kerana ini seolah-olah berita kepartian Amanah dan berita peribadi saya.

 2. Sedangkan perjuangan kita ialah untuk rakyat jelata. (Bukan) bergaduh hal kita. Oleh kerana ditanya, saya jelaskan secara ringkas.

DATO ROSLI SERAH PEJABAT ADUN SALOR KEPADA SAYA

3. Bangunan ada dua. Satu dibina oleh Arwah Dato Rusli sewaktu menjadi Adun S46 pada tahun 1990. Pejabat itu ialah Pejabat ADUN SALOR S46. 

 4. Apabila saya menjadi ADUN pada 2008, Dato Rusli masuk PAS 2007, Saya berbincang dengannya. Katanya “Tak apalah, Dato (Husam) ambil kerana Dato ialah Adun Salor”. 

  INI PEJABAT ADUN SALOR, BUKAN PEJABAT PAS 

5. Maka selama-lamanya, jikalau lihat Letterhead, atau signboard pejabat, itu ialah Pejabat ADUN Salor. Tidak pernah jadi Pejabat PAS Kubang Kerian, atau MTD Salor. 

 6. Dato Rusli secara mulut beri keizinan saya gunakan pejabat itu. 

  TAMBAHAN BANGUNAN DARI SUMBER SENDIRI 

 7. Bila saya rasakan pejabat itu sempit, pada Febuari 2009, selepas izinnya saya buat satu bangunan gres secara upahan. Barang pembinaan saya beli sendiri, kemudian upah kontraktor untuk jimatkan kos. 

 8. Tidak ada pribadi minta pemberian dari Ahli PAS atau pemimpin PAS. Tidak ada jamuan laksa untuk kutip pemberian atau keluarkan resit untuk kutip derma. Cik Lah Exco Kelantan pun saya tak pernah minta derma, begitu juga Ahmad Yaakob, Nik Amar, Nasaruddin Singa Kelantan. Tiada yang derma. 

 9. Sebahagian duit pembangunan Wisma Tok Guru ialah dari sumbangan Dato Rusli kerana dulu ia pernah saman saya dan saya menang. 

 10. Bila saya menang saman, ia bayar pada saya. Dia pemberian sebahgian, saya pemberian sebahgian. 

 11. Rakan-rakan di Universiti dulu yang juga jago usrah dan yang minta saya jadi petugas PAS, saya minta sumbangan sedikit. 

 12. Bukannya terima sekaligus. Sekali bayar ada yang RM5k, ada RM10k, ada RM2k. Tiada yang bayar RM200k sekaligus. 

 13. Alhamdulillah saya simpan semua rekod perbelanjaan itu. Saya tidak nampak nama Ahmad Yaakob, Nik Amar, Nasuruddin Singa Kelantan disitu.  

14. Itu ialah pejabat ADUN Salor.  

      PAS BELI TANAH SEMASA ISTERI DALAM EDDAH 

 15. Kemudian bila Dato Rusli meninggal, semasa Isteri Dato Rusli dalam Eddah, PAS jumpa Isterinya dan tawarkan RM700,000 untuk beli. 

 16. PAS bawa ADO dari pejabat Kota Bharu pergi ke rumah untuk sign borang 14A walaupun melanggar perintah pekeliling PTG Bil 5 yang menyatakan Pegawai Pejabat Tanah tidak boleh pergi ke rumah orang tukar nama orang atau tukar nama tanah. 

 17. tetapi PAS sanggup buat macamtu dan beli tanah itu. 

  TANAH MASIH DALAM PERTIKAIAN PUSAKA 

 18. Tetapi tanah itu dalam pertikaian pusaka di Mahkamah Syariah yang mana perbicaraannya pada 9hb Januari 2018 belum selesai. 

 19. Dato Rusli dan Isterinya tidak ada anak sebabkan adik beradiknya layak mendapatkan Pusaka. 

 20. Tanah ini Dato Rosli akui dalam ceramah di Wisma itu (ada dalam video) bahawa ia yang beli dan letakkan Hanipah (Isterinya) sebagai penama. 

  SAYA ADA EQUITABLE RIGHT. INJUNKSI DIFILEKAN 

 21. Bagi pihak saya, selepas mendapatkan notis, saya filekan di mahkamah sivil ahad lepas. Saya sengaja tidak bisingkan. Alhamdulillah Ahad lepas saya filekan Injunksi ke atas Muhamad Yasin atau PAS daripada kacauganggu pejabat saya. 

 22. Sehingga mahkamah selesaikan, saya berpendapat, Parti Amanah dan saya boleh terus gunakan sehingga PRU tahun depan. 

 23. Saya ada hak. Equitable Right disitu. [Majlis Kutipan Dana, Dialog dan Makan Malam di Bangi] 

  PEMBELIAN PAS TIDAK IKUT SYARIAH 

 24. Bila Ahmad Yaakob mengatakan ia telah tamat membeli tanah itu secara syariah, saya tidak tahu ia berguru syariah di mana. 

 25. Harta yang dalam tuntutan pusaka, tak boleh satu orang jual begitu. 

 26. Bila ada pertikaian pusaka, belum tamat dari segi syariatnya. 

 27. Hak orang lain atas tanah yang dimiliki oleh orang lain itu ada dari segi undang-undang. Hak tanah mungkin sudah tidak ada tetapi hak bangunan ada. 28. Saya berhak ke atas bangunan itu. Takkan PAS tidak faham syariah. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PEMBELIAN TANAH WISMA TOK GURU OLEH PAS MELANGGAR SYARIAH"

Post a Comment