Berita Semasa

Peguam Pas bantah tindakan Pemuda Pas pacak bendera


 Ketika Hj Hadi berjaya menawan Trenggan 16 tahun dulu, mereka halau anak-anak  KEMAS dari bangunan yang mereka guna selama ini.

Ingatkan Hj Hadi dan Pas sudah berubah jika mendakwa Pas membawa Politik matang dan sejahtera. Rupa-rupanya tidak....

Perangai sombong dan besar kepala Hj Hadi nampaknya telah diwarisi oleh anaknya, Khalil, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Malam tadi ialah terang Khalil dan gerombolan samsengnya telah meneruskan sikap biadab dan melampau ayahnya dengan menceroboh daerah Wisma Tok Guru, Salor.

Mereka mendesak biar Amanah dan Husam mengosongkan segera bangunan tersebut dan mendakwa bangunan tersebut kepunyaan PAS!

Nampaknya sejarah lama berulang kembali. Luka lama berdarah semula...

Hj Hadi hanya sempat sepenggal jadi MB Trengganu dan Pas tumbang gara-gara tindakannya tesebut... Dan kejadian malam tadi besar kemungkinan membawa petanda kejatuhan Pas di Kelantan pula....

Tindakan Pemuda Pas terbukti mendapat restu Pas Pusat sendiri apabila melalui  fesbuk Parti Islam Se Malaysia (Pas) Pusat  dengan bongkak dan sombongnya mendakwa Wisma Tok Guru Salor telah menjadi milik Pas!
22 Oktober 2017 - Sireh Pulang ke Gagang
Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS Malaysia bersama Al-Fadhil Ustaz Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan memanjat syukur... Bangunan pentadbiran PAS Salor telah kembali semula kepada PAS. Bendera PAS kembali berkibar... Takbir! Allahuakbar... 
 Tindakan Pemuda Pas ini telah dibantah ramai oleh nettizen termasuklah oleh seorang peguam Pas, Abd Rashid Al-Kubrawiy Al-Husaini.

Abd Rashid secara lapang dada dan jujur terpaksa menyatakan bantahannya mengenai tindakan Pemuda Pas Kelantan menceroboh daerah Wisma Tok Guru. Beliau menulis :
Maaf sahabat, aku terpaksa berbeza pendapat dengan anda. Tindakan anda malam ini ialah satu provokasi dan ia boleh memburukkan nama parti Islam. Mungkin anda punya dalil dan hujah untuk menyokong atau menjustifikasikan tindakan anda. Tapi ia telah mencemar proses perundangan kerana notis yang diberikan masih belum final tempoh 30 hari. Adakah atas dasar hak, anda boleh membelakangkan proses perundangan? You are not above the law man!!!


Muhammad Vairun : Tanah tu individu yang berjulukan Yasin yang beli. Notis pon atas nama Yasin. Yang perjaka Pas pulak yang sibuk ni kenapa?

Yasin suruh ke guaner? Lagi pon tanah tu masih lagi dalam kes pembahagian pusaka keluarga arwah si mati. Yang gelojoh sangat tu pasal apa?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peguam Pas bantah tindakan Pemuda Pas pacak bendera"

Post a Comment