Berita Semasa

PAS Kalut Tak Tentu Arah Bila ADUN PAS Kedah sertai BERSATU

Oleh Ahmad Sayuti Bashiron [ 'ibrah & usaha ] 

TAHNIAH, dan alfun mabruk buat YB Dato' Amiruddin Hamzah, Ketua Pembangkang di DUN Kedah yg juga bekas Pengerusi Pembangunan Kompleks Pas Kedah. Dah usang menanti, karenanya dia bertindak nekad melaksanakan satu keputusan yg terbaik untuk ummah dan Negara.

 Keputusan yg benar-benar mengejutkan Pas. Keputusan sehingga Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man pun jadi kalut tak tentu arah dan dah tak reti nak bezakan apa itu khianat dan bai'ah & taklik. 

Seperti biasa para ustaz-ustaz Pas yg menggelar diri sbg ulamak akan mula berfatwa esok pasal hukum-hukum taklikkan bini dan sebagainya. Tunggukah. Itulah sahaja kerja ustaz-ustaz Pas!

 Buat Ustaz Tuan Ibrahim dan mereka yg dah terlampau ter-indoktrinasi dgn Presiden Pas itu yg sungguh bangga dan tak sabar nak serang YB Amiruddin, dipersila serlahkanlah segala kejahilan hujjah dan ilmu yg kalian miliki. Pakat carilah balik ucapan-ucapan Haji Abdul Hadi Awang buat acuan kalian berfatwa.

 Kami pula dalam Pakatan Harapan akan lebih FOCUSED dan membina kekuatan melawan Umno/BN dan sekutunya...

 Kami yakin keputusan ini adalab terbaik untuk Negara dan ummah, khasnya untuk PRU14 yg menanti.

 Allahu yubarik.

 Dan bagi yg benar-benar mahu FAHAM dan berkongsi tajuk sebenar - Kefahaman Erti "Jamaah" Dari Hadis - Isu Bai’ah & Salahguna Nas, kupasan khas Dr. Zaharuddin Abd Rahman (MURSHID), sebelum lagi Amanah ditubuhkan.




Baca Juga:
PH akad final informasi kad pengenalan merah jikalau menang PRU14
PH BANTAH PROSES UNDI BELAH BAGI DAN POHON UNDI DI BILANG SEMULA.
ORANG KITA KE ORANG DIA...?
Kunci Pagar WTG : Satu Lagi Kerja Bodoh PAS Kelantan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Kalut Tak Tentu Arah Bila ADUN PAS Kedah sertai BERSATU"

Post a Comment