Berita Semasa

Nasihat peguam sendiri pun beliau diabaikan, inikan pula hikmah Subky!

Semakin nampak pelik dengan telatah Hj Hadi. Peguam sendiri di London menasihati  'tidak ulas apa-apa'  supaya tidak mengganggu proses mahkamah, tapi Hj Hadi sendiri telah ingkari!

Degil dan tak mahu dengar hikmah orang ialah antara ciri-ciri orang yang sombong dan angkuh. Ulama tidak sepatutnya begitu. Jangan hanya mahukan orang lain ikut kata kita sahaja dan mencicipi diri kita sahaja sahaja yang betul.

Hj Hadi dilihat telah bertindak sebagai hakim mahkamah menjatuhkan hukum dengan berkata :  Clare gagal sahkan dakwaan!


Hadi berkata, Rewcastle-Brown yang beroperasi dari London tidak menyemak dengan dia atau pihak lain daripada PAS berkaitan perkara itu sebelum menerbitkannya. 
 “Dia juga tidak berusaha mendapatkan komennya (Hadi) atau PAS,” menurut pernyataan tuntutan yang difailkan pada 21 April 2017 yang dilihat oleh Malaysiakini. Baca dari SUMBER.
Sementara itu, Subky Latif dalam reaksinya terhadap rungutan Ambiga antara lainnya telah menulis sebagaimana yang disiar Harakahonline berikut : 
Saya kira tidak bijak orang di luar mahkamah campur tangan dan urusan perbicaraan itu sebelum mahkamah menyelesaikan tugasnya. Kiranya orang di luar PAS mengambil kesempatan untuk memanaskan duduk perkara Ambiga itu, lantak merekalah, tetapi orang PAS sepatutnya membisu dulu dan biarkan mahkamah menguruskan perkara itu.
 Kita mesti mendapatkan hakikat mana-mana nama yang disebut dalam sesuatu perbicaraan, belumlah sah kesnya sebagai yang disebutkan itu. Ia mungkin betul dan mungkin tidak betul. Biarlah mahkamah menggunakan kearifannya menentukan perkara itu.
Nampaknya Subky tanpa ada rasa malu cuba menafikan wacana adanya orang-orang Pas yang campur tangan dalam urusan perbicaraan itu sebelum mahkamah menyelesaikan tugasnya.

 Ambiga mendakwa dengan tegas :
“Dalam tempoh beberapa hari ini, aku terima serangan bertalu-talu daripada menteri, anggota parti dan sekutu yang sealiran dengan pihak penuntut (Datuk Seri Hadi Awang). 
 “Media kerajaan semalam berikan aku liputan tiga muka surat, termasuk muka depan, yang menuntut aku menjelaskan perkara sebenar. Saya malah masuk gosip TV#,” katanya 
Ungkapan "Anggota parti dan sekutu yang sealiran dengan Hj Hadi" itu  ialah sangat terang merujuk kepada anggota parti Pas dan Umno, parti sekutu Hj Hadi. Mustahil bila Subky tidak faham bahasa yang semudah itu!

Sebelum Hj Hadi keluarkan  kenyataan "Clare gagal sahkan dakwaan" , terdapat beberapa pemimpin Pas yang gatal verbal buat kenyataan "untuk memanaskan duduk perkara Ambiga itu..."- aku pinjam ungkapan Subky!

 1) Idris Ahmad : " Ambiga perlu bersihkan nama dari dakwaan Clare.

Idris menuntut Datuk S Ambiga memohon maaf susulan dakwaan bekas presiden Majlis Peguam itu membekalkan maklumat salah berkaitan dana diterima PAS kepada Sarawak Report.

 “Jadi tak betul (kalau diam),” kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad. Lihat VDO di sini.

2) Khairuddin at-Takiri : “Pas dizalimi, gesa Ambiga kena respon segera” Beliau tuduh Penyata Clare yang dihantar ke mahkamah semuanya ialah rubbish! Sampah! VDO di sini

3) Dato' Takiyuddin Hassan : PAS turut menggesa Datuk S.Ambiga memperlihatkan respon terhadap dakwaan Editor Sarawak Report tersebut bagi memperlihatkan gambaran yang sebenar terhadap kenyataan dengar cakap (hear say) tersebut.  sumber

Subky kata ".... orang PAS sepatutnya membisu dulu dan biarkan mahkamah menguruskan perkara itu." - Ada depa kisah? Ada tak Hj Hadi dengar hikmah Subky? Ada tak Hj Hadi dengar hikmah peguam dia di London?

Ambiga dalam satu kenyataan berkata, oleh kerana Hadi memulakan prosiding itu di UK, sebarang permohonan maklumat mesti dibuat melalui mahkamah negara itu.

Jadi, kalau nak dapat apa-apa penjelasan dari Ambiga, biarlah peguam Hj Hadi nanti uruskan melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi London nanti.

Bolehlah para walaun semua bersolidariti bersama Hj Hadi nanti. Biarlah kali ini walaun kutip pemberian dari lebai-lebai yang namanya ada dalam senarai tu...

Sementara tu, tak payahlah nak jadi loyar buruk atau hakim cabuk!





Baca Juga :
Banjir Pulau Pinang : MB Kelantan kata ketepikan sentimen politik.
Cukup-cukuplah rakyat Kelantan dibohongi PAS
Kenapa Umno hendak bantu RUU 355 PAS?
Tahniah PH !!!!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nasihat peguam sendiri pun beliau diabaikan, inikan pula hikmah Subky!"

Post a Comment