Berita Semasa

NASIHAT KPD ORG BUGIS..

Oleh Hamzah Abdullah 

 Daripada berhimpun menuntut Tun M supaya tarik balik gelaran lanun yg ditujukan keatas batang badan seorang yg telah mencemarkan nama baik kaum Bugis, lebih baik org Bugis berhimpun di hadapan Jabatan Tanah, menuntut biar dikembalikan hak2 mereka ke atas penafian pemilikan tanah di daerah Koyah A dan B, kwsn Luboh, serta dibeberapa daerah lain di seluruh Sabah. Itu tentunya lebih berfaedah!

 Tahun 1998, aku lah menjadi pembela kaum Bugis dan org2 asal di daerah Koyah bilamana tanah2 yg telah diusahakan mereka secara teratur, lengkap dengan dokumen permohonan tanah, kesudahannya di rampas oleh Syarikat Masideras Sdn Bhd. 

Dlm Land Enquiry yg dilangsungkan di Pejabat Tanah Kinabatangan, Tuan Iman Ali, ACLR Kinabatangan bertindak sebagai pengadil. 

Syarikat Masideras Sdn Bhd telah diwakili oleh peguam Dennis Rantau.

 Saya pula mewakili para peneroka tanah yg sah terdiri dari kaum Bugis dan org asal. Pembelaan aku bukan atas dasar kaum tertentu..tetapi atas prinsip menegakkan keadilaan.

 Tahun 1998, Ketua Menteri Sabah adalah Yong Teck Lee dan Pengarah Tanah adalah Ketua Bugis, Osman Jamal. 

Kes ini telah diputuskan oleh Iman Ali..memihak kpd Syarikat Masideras Sdn Bhd. 

Saya dibagi tempoh satu bulan utk buat rayuan. Rayuan di buat, harap2 Ketua Bugis yg jadi Pengarah Tanah bolehlah tolong org Bugis juga. 

Rupa2nya impian ku meleset.

 Kini, org2 Bugis di Koyah telah hilang hak keatas tanah2 tersebut. Yg kaut untung di situ org nama Ang dan Lau. 

Osman Enting pula jadi ejen pihak tertentu menghalau para peneroka di situ dgn meraih habuan tertentu. Pernah keluar gambar dlm surat kabar mereka mengucap terima kasih kpd polis Kinabatangan..TST sajalah.



Baca Juga :
SNIPPETS - PILIHANRAYA, ESTET INDUSTRI & CEO MAS
Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi
MO1 penyangak dan lanun, kata Tun Mahathir
Anak Hj Hadi berlagak samseng

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NASIHAT KPD ORG BUGIS.."

Post a Comment