Berita Semasa

Mengenali Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sebenarnya

Sidang akhbar 26 Jan 2016 Peguam Negara, berpuas hati bahawa
tiada sebarang kesalahan dilakukan Datuk Seri Najib dalam gosip dana
RM2.6 bilion dan SRC International. Turut serta  TS Dzulkifli Ahmad
Mungkin ramai rakyat marhaen tidak tahu siapa Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sebenarnya. 

 TS Dzulkifli Ahmad yaitu bekas Pengarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara yang dilantik pada 12 Ogos 2015. Beliau merupakan pegawai kanan kepada Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Ali. 

Dzulkifli yang mengambil alih jawatan nombor 1 SPRM, merupakan pegawai yang berperanan besar dalam penyiasatan gosip dana RM2.6b 1MDB dan Suria Capital. Beliau bertanggungjawap membersihkan nama Perdana Menteri DS Najib Razak. 

 Menurut Dzulkifli atau dikenali dengan panggilan Abang DZ, merupakan manusia yang tergolong dalam kumpulan yang memberi "perkhidmatan khas" kepada Rosmah.

 Beliau membersihkan nama Najib selepas berulang kali bertemu dengan Kak Mah malah turut menyiapkan Laporan Media yang dibacakan oleh Apandi kepada wartawan dalam sidang media. 

 Selain itu, Abang DZ ni juga telah menjadi distributor pembersih kes rasuah lampau YB Datu Azeez Rahim, MP Baling yang juga merupakan "mesin ATM" Najib. 

Azeez yang juga merupakan pegawai yang memberi perkhidmatan khas kepada Rosmah, yaitu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, Pengarah Metro Koats Technology, Pengerusi Seni-Jaya Corperation, Pengarah Esekutif Brahim's Group, Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad, Pengarah Esekutif Glomac Berhad dan Pengerusi Tabung Haji.

 Selain itu Azeez yang ramai tahu mempunyai latar belakang gaya hidup yang mewah turut menjadi Pengarah Esekutif untuk AVP (M) Engineering Sdn Bhd, CEO Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd, juga bekas CEO Idsha Marketing Sdn Bhd dan Fair Diversified Sdn Bhd dan FD Auto Sdn Bhd. Ini tidak termasuk menjadi penasihat kepada 24 syarikat di Malaysia.

 Kisah selanjutnya boleh diikuti di blog Malaysia Baru 

Perlantikan Abang DZ juga turut dipertikaikan oleh Pakar Undang-undang Dr Abdul Aziz Bari. Beliau mempersoalkan intigriti Abang DZ yang tidak sesuai memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM

Selepas memegang jawatan tersebut selama 11 hari, Dzulkifli mengeluarkan kenyataan bahawa tiada asas untuk menyiasat kekayaan luar biasa Zahid Hamidi selepas diminta oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamed

 Nampak gaya, Dzulkifli diangkat untuk memegang jawatan nombor 1 SPRM seoalh-olah yaitu untuk melindungi salah laku menteri-menteri dalam kerajaan selepas Apandi menjadi Peguam Negara. Dua organisasi penting telah dikuasai oleh Najib dan Rosmah.

 Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM TS Abu Kassim Mohammad yang 'dipaksa bersara awal' dan timbalan ia DS Zakaria Jaafar yang turut bersara merupakan dua individu terpenting yang memulakan siasatan terhadap gosip 1MDB dan Suria Capital. Belum pun siasatan fasa pertama selesai, mereka digantikan pulak oleh orang luar iaitu Dzulkifli.

 Adakah Dzulkifli memainkan peranan penting menutup kes berprofil tinggi tersebut? Kini, Abang DZ kita ni berperanan pulak untuk menghapuskan musuh-musuh utama Najib dan UMNO BN termasuk DS Shafie Apdal presiden Parti Warisan Sabah yang konkret menjadi bahaya kepada UMNO untuk abadi berkuasa di Sabah?

 Semoga rakyat tidak buta dan sedar akan penyalahgunaan kuasa dari sektor kerajaan ini yang sepatutnya mengamalkan intigriti yang tinggi, bukan melindungi bapa pengamal rasuah negara.




Baca Juga :
Hari Terakhir Perbicaraan Saman DS Nizar vs Hj Razman Zakaria
Tak perlu sengetkan otak anda
ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR
ISU TANAH WISMA TOK GURU DI SALOR

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mengenali Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sebenarnya"

Post a Comment