Berita Semasa

ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR


 Isu pembelian Wisma Tokguru di Salor secara senyap oleh individu yang menjadi alat kepada parti agama atau parti PDMP terjawab malam ini dari mana individu berkenaan mendapat wang sebanyak RM700,000 untuk membeli bangunan itu. Ia dikatakan ada kaitan dengan kelulusan tanah seluas 5,500 ekar di Kuala Pahi daerah Kuala Krai milik Akademi Yakin di mana Mohd Amar Nik Abdullah menjadi pengerusinya.

 Tanah itu yang diluluskan oleh kerajaan kepada Akademi Yakin itu telah dijual kepada tiga buah syarikat yang dipunyai oleh orang sama untuk dimajukan sebagai ladang komersial. Penjualan tanah berkenaan oleh Akademi Yakin itu juga tanpa tander sesuatu yang merugikan dan seakan-akan ia satu penyamuan harta negeri.

 Perkara ini didedahkan oleh Husam dalam majlis DIKEKO (dialog kedai kopi) yang berlangsung di Lakloh berakhir sekejap tadi. Majlis itu mendapat sambutan khasnya di kalangan penduduk setempat. Turut sama hadir Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Dr Samsul Adabi Mamat dan Wan Azlan.

 Menurut Husam dia mendapat tahu ada wakil rakyat yang mendapatkan RM700,000 hasil penjualan tanah berkenaan yang dipercayai digunakan untuk membeli Wisma Tokguru dengan tujuan memalukan Amanah.

 Sesuatu yang mengecewakan, berhampiran tanah yang dijual itu juga terdapat air terjun yang menjadi tempat perkelahan di mana ekosistem akan rosak apabila tanah itu dimajukan. Dalam tinjauan Husam ke tempat berkenaan juga mendapati terdapat banyak kayu balak di situ.

 Dipercayai tujuan pembelian tanah berkenaan mempunyai serampang dua mata, di mana, mata utamanya syarikat berkenaan mahu mengeluarkan balak. Kelulusan tanah seluas 5,500 ekar itu kepada Akademi Yakin juga seakan ia dirancang oleh orang politik sebelum ia diluluskan. Trims.

Sementara itu, pelopor Syam Ghaz mendedahkan tempat balak gres tersebut berhampiran sempadan Kelantan-Terengganu.

 Menurutnya, kerja-kerja pembalakan di tempat tersebut dipercayai akan memusnahkan Air Terjun Lata Berangin, yang merupakan tempat tadahan air untuk penduduk setempat akan terjejas teruk.

 Beliau gusar dan menyatakan kesal kerana tanggapan aktiviti tersebut, Kelantan akan hilang satu lagi destinasi pelancongan menarik selepas Air Terjun Dakota disondol kini!!




Baca Juga :
PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI
BAHAYA Haji Hadi akhir pengecap dan tangannya
Peguam Negara jangan main wayanglah....
KETUA PENGARAH SPRM INI ADA MARUAHKE

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ISU PEMBELIAN WISMA TOK GURU TERBONGKAR"

Post a Comment