Berita Semasa

INJUNKSI DI TOLAK, MENUNGGU PERBICARAAN LANJUT 4 DISEMBER 2017


 Permohonan injunksi aku ditolak. Permohanan asal untuk Mahkamah menentukan milikan bangunan Wisma Tok Guru pula akan didengar pada 4 Disember 2017.

 Penolakan injunksi bermakna Pas boleh menjalankan aktivitinya di atas ‘tanah’ lot-lot berkenaan. Namun perintah penolakan permohonan Injuksi oleh Mahkamah tidak menyentuh ihwal hak aku kepada keseluruhan bangunan WTG termasuklah dewan terbuka berbumbung. Jika bangunan tersebut dimasuki PAS maka ianya suatu pencerobohan sehingga Mahkamah bersidang dan memutuskan kedudukan milikan bangunan berkenaan pada Disember ini.

 Saya mendapatkan keputusan dengan lapang dada.

 Saya ucapkan berbanyak terima kasih pada team peguam dan para penyokong Amanah dan orang ramai yang mengiringi perbicaraan. Juga YA Hakim Mahkamah Tinggi KB yang membicarakan kes.

YB Dato Husam Musa
16 November 2017/27 Safar 1439

Malaysiadateline melaporkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini menolak permohonan injunksi Adun Salor, Datuk Husam Musa untuk menghalang Pas Kelantan mengadakan majlis solat hajat di atas tanah yang dibeli mereka yang menempatkan pejabatnya, Wisma Tok Guru. 

 Bagaimanapun, Hakim Datuk Ahmad bin Bache berkata, bangunan Wisma Tok Guru masih dimiliki oleh Adun Salor itu sehinggalah perbicaraan penuh mengenainya diadakan. 

 Nyamuk Menggigit : Cerdiknya Husam yakni untuk mahkamah istiharkan pemilikkanya keatas bangunan wisma Tok Guru dengan membuat injuksi penggunaan tanah yang ia tahu ia tiada local standi alasannya yakni namanya tiada dalam geran tetapi ia berjaya mendapat pengistiharan mahkamah atas milikkannya! 

 Jika setakat Dato' Husam bagitahu, PAS tak akan hormati...Loni Mahkamah istiharkan...

WISMA TOK GURU MILIK DATO' HUSAM SEHINGGA MAHKAMAH PUTUSKAN SEBALIKNYA PAS ENGKAR/LAWAN HINA MAHKAMAH!  GONI KALU DAN CERDIK ORANG GAK...PAS MAKAN TANAH KOR!




Baca Juga:
Oh! Ini sebabnya Hj Hadi  semakin mengarut ...
Ribuan sukarelawan Pas bantu mangsa banjir di Pulau Pinang...
Kelantan sepatutnya dapat Menteri Besar Macam ini !
Berkecuali tu lah tanda taat setia depa pada UMNO

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "INJUNKSI DI TOLAK, MENUNGGU PERBICARAAN LANJUT 4 DISEMBER 2017"

Post a Comment