Berita Semasa

Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, semoga hingga jadi arang!


 Saya amat tidak bersetuju dengan saranan Datuk Zaid Ibrahim yang menasihatkan Hj Hadi menarik samannya ke atas editor Sarawak Report hanya kerana kos guamannya mahal dan mungkin mencecah RM10 juta.  sumber

 Sesiapa pun termasuk juga Zaid tidak perlu risaukan ihwal kos RM10 juta itu kerana Pas telah pun berjaya mengutip dana mencecah hampir RM200,000 untuk bayar khidmat peguam sebagaimana dakwaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di sini .

Dan jangan lupa, bahawa para walaun telah berjaya pertanda kemampuan mereka mengumpulkan dana lebih RM 300k sewaktu pastokin berlansung baru-baru ini.

Lagi pula para walaun semua sudah diberitahu dan disarankan awal-awal lagi untuk menderma jihad fi sabilillah...

Maka para walaun semua istiqamah bangun teguh di belakang Tuan Guru. Bila diseru untuk menghulurkan lagi dana bagi membiayai kos, kita sedia bila-bila masa!
Tambahan pula, bila Hj Hadi memenangi kes ini, kos tersebut boleh dituntut oleh peguam Hj Hadi ke atas Clare nanti.

Makara masalah ihwal kos yang mahal dan andaian kononnya 'Kawan' Hj Hadi ini mungkin akan mengabaikannya dan tidak membantu menyelesaikan yuran peguam selepas kes itu selesai, tidak timbul.

 Apa yang paling penting bagi Hj Hadi untuk meneruskan samanya terhadap Editor Sarawak Report ialah :

 Untuk menafikan bahawa RM90 juta yang didakwa telah disalurkan oleh Najib kepada Pas melalui Bekas Timb Presiden Pas iaitu Dato Nasharuddin ialah fitnah.

Maka dengan sekali gus, dengan sendirinya ia dapat menafikan bahawa kemewahan cara hidup beberapa pemimpin Pas yang dinamakan oleh Clare itu bukan dari agihan RM90 juta pemberian Najib.

Biarlah melalui perbicaaan Mahkamah Tinggi London itu nanti rakyat Malaysia dan dunia dapat mengetahui kisah sebenar ihwal skandal 1MBD yang melibatkan berbilion wang rakyat Malaysia.

Kita semua juga mahu tahu ihwal kisah sebenar skendal Perjanjian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. 

Yang demikian itu, aku berharap sangat Hj Hadi jangan terima pesan tersirat Zahid Ibrahim itu. Alang-alang genggam bara, semoga hingga jadi arang!




Baca Juga:
PAS TERIMA LEBIH BESAR DARI 90JUTA
RM100 juta : Program Pulau Pinang Bangkit
Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?
Dalam masjid pun ia berbohong dan memfitnah

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, semoga hingga jadi arang!"

Post a Comment