Berita Semasa

Che Ibrahim Mohamed sekolahkan Idris Ahmad


Naib Pengerusi Amanah Kelantan Ust Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak perlu mendahahului proses mahkamah dengan mendesak Ambiga atau Husam dan Rafizi tampil memberi keterangan ke atas dakwaan SR.

 "Kes saman ini masih di peringkat pengurusan kes, pihak defendan gres saja memasukkan pernyataan pembelaan ke atas pernyataan tuntutan yang telah difailkan oleh Hj Hadi ke atas pengarang SR.

 "Selepas final pengurusan kes, mahkamah akan meminta kedua dua pihak menyenaraikan saksi saksi yang akan dikemukakan dalam perbicaraan ini dan memasukkan pernyataan saksi masing masing.

 "Terserahlah kepada Hj Hadi untuk sapina mana mana saksi untuk menyokong tuntutannya, manakala pihak SR pula di saat ini akan mengemukakan saksi saksi untuk mempertahankan dakwaannya."

 Mengulas lanjut, Ust Che Ibrahim berkata, samada Ambiga, Husam, Rafizi atau siapa saja yang akan disapinakan oleh SR untuk memberi keterangan di Mahkamah, hanya peguam Pas yang boleh menyoal balas saksi saksi tersebut untuk menunjukan dakwaan SR itulah ialah fitnah, bukannya mendesak saksi saksi memberi keterangan dan penjelasan di luar mahkamah.

 Beliau menasihatkan Pas semoga tidak membuat penghakiman mendahului keputusan mahkamah atau menjalankan prosiding perbicaraan mengikut tatacara sendiri yang sekadar semakin menampakkan kebodohan sendiri.

 Ust Ibrahim dipercayai mengulas kenyataan Naib presiden PAS Idris Ahmad yang menggesa Datuk Ambiga Sreenevasan memohon maaf kepada PAS selepas editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa dia sumber dakwaan pemimpin PAS mendapatkan dana daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 “Kalau betul dia kena minta maaf,” kata Idris kepada pemberita di Parlimen hari ini.

 “Sebagai peguam dan pejuang integriti, kebenaran dan pilihan raya bersih kenapa tiba-tiba jadi macam ini? Kredibiliti Sarawak Report boleh dipersoalkan…Apa tujuan dia? Fungsi dia?” katanya di sini




Baca Juga :
Hj Hadi vs SR : Beranikah Najib disapina Mahkamah Tinggi London?
Solat Hajat atau Solat Minta Turun Bala?
Hj Hadi vs SR : Beranikah Najib disapina Mahkamah Tinggi London?
Netizen Komen Lakonan Neelofa 'Kayu'

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Che Ibrahim Mohamed sekolahkan Idris Ahmad"

Post a Comment