Berita Semasa

Bukti Husam songlap RM1.5 juta sumbangan banjir Pulai Pinang kepada Kelantan

Tuduhan melulu tanpa bukti dari Lebai Pandir
  Selepas 3 tahun sumbangan RM1.5 Juta Pulau Pinang kepada banjir Kelantan berlaku, ada Lebai Pandir yang tuduh kononnya sumbangan itu hanya disampaikan kepada YB Husam, bukan kepada kerajaan negeri Kelantan.

 Malah tergamak mendakwa sumbangan RM1.5 juta itu telah digelapkan oleh YB Husam Musa? Adakah ini anutan Islam ???

 Ada juga yang memfitnah kononnya LGE enggan jumpa MB Kelantan kerana sombong...

Berikut yakni agihan daripada RM1.5 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebagai pinjaman kepada mangsa banjir 2014 di Kelantan melalui Ketua Menteri Lim Guan Eng:


1. Kerajaan Kelantan melalui Exco YB Mumtaz dibawah Tabung Serambi Mekah - RM250,000 (Jumlah ini 5 kali ganda dari pinjaman Kelantan kepada Pulau Pinang hari ini iaitu 50k)

2.  Yayasan Darul Hijrah melalui YB Husam untuk gerakkan pinjaman bina rumah mangsa banjir - RM200,000 

3. Badan Kebajikan Kuala Krai - RM200,000

4.  NGO Royalti untuk gerakkan pinjaman melalui Presidennya Nazri Deraman -RM200,000

5. Kepada 6 Pertubuhan NGO - RM 260,000 

6.  Jemaah Pengurus SJK(C) Chung Hwa Temangan - RM 20,000

7.  Jemaah Pengurus SJK(C) Gua Musang - RM 20,000

Selain daripada itu, DAP telah mengutip derma melalui Impian Kelantan untuk bina 60 buah rumah dan buat kutipan derma untuk bantu bina semula Masjid bernilai RM1juta.

Tapi malangnya, segala jasa dan sumbangan dari DAP itu tidak mendapat penghargaan dari lebai-lebai parti suci itu; malah mencemuh dan memfitnah DAP dengan pelbagai tohmahan.

Harap YB Husam saman lebai-lebai yang memfitnahnya.




Baca Juga:
Laporan qazaf ke atas YB Husni Hanazlah
'Fiqh' Oktoberfest
Tak dapat tanduk, indera pendengaran dipulasnya!
PRAY FOR PENANG

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bukti Husam songlap RM1.5 juta sumbangan banjir Pulai Pinang kepada Kelantan"

Post a Comment