Berita Semasa

Banjir Pulau Pinang : MB Kelantan kata ketepikan sentimen politik.


Ketika Kelantan dilanda 'Banjir Kuning' dahulu, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menghantar pinjaman RM1.1 juta bagi membantu mangsa.

 Sementara DAP Pusat menghantar 15 kontena barangan yang bernilai kira-kira RM500,000 (setengah juta ringgit) dan RM270,000 wang ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

 Hari ini Malaysiakini melaporkan kerajaan Kelantan sedia menyalurkan pinjaman segera berjumlah RM50,000 kepada Pulau Pinang yang kini dilanda petaka banjir besar.

 "Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai pinjaman segera ke Pulau Pinang," kata Datuk Ahmad Yakob dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.

Ahmad Yakob berkata dalam situasi sedemikian semua pihak biar wajar membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengetepikan sentimen politik.

 Pulau Pinang berdepan dengan hujan lebat berterusan dan topan semenjak semalam, dipercayai antara lain kesan taufan Damrey yang melanda Vietnam sebelum ini.  sumber
Marilah kita ucapakan terima kasih kepada kerajaan Kelantan diatas pinjaman semampu mungkin dan seruannya supaya ketepikan sentimen politik.





Baca Juga :
Cukup-cukuplah rakyat Kelantan dibohongi PAS
Kenapa Umno hendak bantu RUU 355 PAS?
Tahniah PH !!!!
5 tuntutan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober ini

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Banjir Pulau Pinang : MB Kelantan kata ketepikan sentimen politik."

Post a Comment