Berita Semasa

Apakah tujuan Najib dan Rosmah lawat Anwar?


Penulis politik tanah air, Shahbudin melalui entrinya terbaru bertanya ihwal apa tujuan Najib dan Rosmah melawat Anwar di HBKL.

Ini kerana, menurut Shabudin, bahawa pemenjaraan Anwar sekarang ini yakni atas konspirasi yang didalangi Najib sendiri kerana Saiful Bukhari Azlan diketahui ada bertemu ia (ketika itu masih Timbalan Perdana Menteri) sebelum membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat dan kemudian dalam pembentangan Bajet 2018 lalu.

Beliau turut membangkitkan hal Najib yang turut mempersenda nama isteri Anwar itu, sedangkan yang dirujuknya ialah seorang pengusaha ayam.

 Kedatangan Perdana Menteri melawat bekas Timbalan Perdana Menteri itu memang agak mengejutkan banyak pihak, tulisnya.
Apakah tujuannya? 
Apakah Najib kini sedang cuba menagih simpati rakyat berikutan asakan Tun Mahathir kian membuatkannya semakin lemas menghadapi PRU 14 akan datang? 
 Mungkinkah dengan kunjungan Najib ini, Anwar akan terus dibenarkan berada di HKL menjalani rawatan sehingga keadaan bahunya benar-benar pulih? 
 Atau tidak mustahilkah Anwar akan dibebaskan lebih awal dari Penjara Sungai Buloh? 
Kalau Najib benar-benar ikhlas disamping mengharapkan simpati rakyat  kepadanya, maka eloklah dipertimbangkan permohonan anak Anwar seperti berikut :
Bagi pihak keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas ziarah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. 
Perdana Menteri dan isteri sempat menziarahi ayah kami, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sekarang sedang menjalani rawatan selepas pembedahan bahu, yang kecederaannya menjadi semakin parah akibat pemenjaraan dan kemalangan bulan lepas semasa dalam jagaan Kerajaan Malaysia. 
 Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon supaya Kerajaan Malaysia mempertimbangkan agar ayah kami dibenarkan berada di kemudahan perubatan di luar penjara untuk menjalani rawatan, selama mana yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya seperti yang dicadangkan oleh panel doktor yang merawat beliau. 
 Bagi pihak keluarga, izinkan saya melahirkan sepenuh penghargaan kepada pasukan pakar perubatan serta staf HKL beserta kakitangan penjara di atas rawatan dan pemulihan buat ayahanda kami.  
 Saya berharap budi bicara yang ditunjukkan setakat ini turut dipanjangkan kepada permohonan untuk membenarkan ayah kami mendapat rawatan di kemudahan perubatan luar penjara untuk tempoh selama yang mungkin.

Muhamad Ihsan Anwar
Catatan ringkas : Datuk Seri Najib Razak  dan Tan Sri Muhammad Shafee  sehingga kini tidak pernah menyangkal dakwaan bahawa RM9.5 juta wang rakyat digunakan oleh Najib Razak untuk mengupah peguam Shafee Abdullah bagi bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan kes Fitnah II.

 Perkara itu didedahkan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada hakim Azizah Nawawi dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
 “Dakwaan itu tidak disangkal dengan bukti bahawa pendakwa (Shafee) dibayar RM9.5 juta untuk transaksi oleh saksi penting, iaitu Najib,” kata peguam Anwar dalam penghujahan mereka. 




Baca Juga:
Inilah akhlak sebenar lebai-lebai walaun
Kenyataan menghina proses mahkamah oleh AJK PAS PUSAT
PARTI PERASAN SUCI BUAT KERJA MEMALUKAN ORANG ISLAM
Mee Kuah Sanglang

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apakah tujuan Najib dan Rosmah lawat Anwar?"

Post a Comment