Berita Semasa

Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?


Dilaporkan bahawa polis sedang menyiasat peguam terkemuka dan penggagas sosial Ambiga Sreenevasan di bawah Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam bersabit saman fitnah yang difailkan oleh PAS terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

 Langkah polis Malaysia terhadap bekas presiden Majlis Peguam itu mengakibatkan tanda tanya kerana kes mahkamah itu difailkan di United Kingdom (UK).

 Ambiga disiasat atas dakwaan menyalurkan maklumat kepada Rewcastle-Brown kononnya pemimpin kanan PAS mendapatkan sejumlah wang yang besar daripada Perdana Menteri Najib Razak. Rewcastle-Brown menamakan Ambiga sebagai sumber maklumatnya untuk laporan yang dikatakan oleh PAS sebagai fitnah itu. baca lagi di sini

Pelik sunggoh langkah polis yang bertindak keatas Ambiga hanya kerana ia menyalurkan maklumat itu kepada editor Sarawak Report.

Kenapa polis tidak siasat Rafizi Ramli yang telah membuat akuan sumpah mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa dan beberapa pemimpin Pas lain telah mendapatkan dana melibatkan 1MDB melalui akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  sumber

Dan yang paling pelik kenapa Polis Malaysia tidak berani menyiasat MO1 yang telah disabitkan melanun wang rakyatnya sendiri sebagaimana yang di laporkan oleh DoJ Amerika?
Untuk rekod, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam tuntutan mahkamah ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaitkan MO1 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Dokumen itu pada muka surat 13, perenggan 39 contohnya menyebut, “Setelah ditubuhkan, MO1 iaitu Najib mengambil alih kedudukan kuasa dalam 1MDB. MO1 (Najib) mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan, dan penyingkiran, lembaga pengarah 1MDB pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.” 
Bahkan, menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini turut mengakui MO1 yang disebut dalam tuntutan mahkamah oleh DOJ Amerika itu yaitu Najib Razak.  sumber
Samada dakwaan Brown dan Ambiga itu fitnah atau tidak berasas, sepatutnya biarlah mahkamah Tinggi London yang siasat dan menentukannya kerana kes  itu difailkan di Mahkamah United Kingdom (UK).




Baca Juga:
Dalam masjid pun ia berbohong dan memfitnah.
Bukti Husam songlap RM1.5  juta sumbangan banjir Pulai Pinang kepada Kelantan
Laporan qazaf ke atas YB Husni Hanazlah
'Fiqh' Oktoberfest

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?"

Post a Comment