Berita Semasa

Adun PAS Sg Rapat, Radzi Zainon tidak ada pendirian yang tegas


Adun Pas Sungai Rapat, Radzi Zainon ternyata tidak ada pendirian yang tegas dalam menyatakan sikapnya terhadap Bajet 2018 Negeri Perak.

Bagaimana seorang wakil rakyat boleh bersikap kluk-klek dalam duduk perkara yang sangat memberi kesan terhadap kehidupan rakyat seharian?

Radzi Zainon dilihat sangat pelik dan agak ganjil kerana saat dalam dalam sidang akhbar pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Radzi telah memuji-muji Bajet 2018 sebagai menyentuh dan terus kepada rakyat di perimngkat akar umbi.

Radzi Zainon berkata, ini kerana rakyat negeri ini menerima pelbagai faedah daripada bajet berjumlah RM1.17 bilion yang dibentangkan.

Radzi kata bajet 2018 Perak itu mesra rakyat dan mesra PRU kerana banyak pertolongan diberikan kepada rakyat sebagaimana kerajaan Persekutuan terus kepada rakyat.


 Seperti yang saya katakan di awal goresan pena saya ini, Radzi Zainon dilihat sangat pelik dan agak ganjil sekali kerana ditempat lain saat dia berceramah di Markas Pengkalan Pegoh, Taman Desa Aman, malam tadi , dia telah berkata yang sebaliknya.

Radzi dilaporkan telah membidas Bajet Perak 2018 sebagai tidak menguntungkan rakyat. Malah Radzi melabelkan bajet tersebut sebagai Bajet Pilihanraya!

Perbelanjaan mengurus terlalu tinggi, sedang pembangunan dirancang tidak pula menguntungkan rakyat, karena evaluasi tidak dilakukan dengan baik, ujar Radzi.

Radzi berkata, kehidupan rakyat terus terjerut dan tidak bermakna dengan segala bajet dibentang itu akhir pelaksanaan cukai ibarat GST saat berceramah di Markas Pengkalan Pegoh, Taman Desa Aman, di sini semalam.

 Apa pendirian dan perilaku sebenar Radzi Zainon dalam pembentangan Bajet Perak 2018 ini?

 Di suatu tempat dan masa yang lain, dia menyatakan sokongannya,  tetapi di suatu masa dan di tempat yang lain pula, dia bantah dan menentang!

 Radzi menyatakan pujiannya terhadap Bajet Perak 2018 mungkin dia bertujuan untuk mengampu dan menerima dedak dari Zambry Kadir?

Adun Pembangkang tidak menerima peruntukan untuk daerah masing-masing  selain elaun Adun dan elaun pengurusan Pusat Khidmat Adun RM4,000/ sebulan.

Ikuti rakaman sidang akhbar Radzi Zainon berikut :








Baca Juga:

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adun PAS Sg Rapat, Radzi Zainon tidak ada pendirian yang tegas"

Post a Comment