Berita Semasa

Warga KKM Diminta Jadi Duta

Warga KKM Diminta Jadi Duta - Tingkap Berita
Warga KKM Diminta Jadi Duta

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam (gambar) mahu warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berperanan sebagai duta kementerian dengan menyebarkan maklumat positif serta memberi penjelasan bagi memperbetulkan maklumat tidak tepat mengenai KKM yang disebarkan di media sosial.

Beliau berkata, imej dan informasi yang tepat mengenai kementerian adalah penting supaya rakyat faham,  tidak risau, takut atau terancam untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kendalian KKM.

Katanya antara contoh maklumat tidak tepat mengenai KKM yang disebarkan di media sosial adalah dakwaan hospital kerajaan menggunakan semula alat perubatan pakai buang kononnya kerana kekurangan dana.

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital Awam Tak Guna Semula Alat Perubatan Pakai Buang

“Kalau kita guna bahan kitar semula, ia mestilah mengikut piawaian yang  sudah ditetapkan oleh pakar perubatan dan ada protokol yang  ditetapkan seperti perlu disteril terlebih dulu,” katanya pada majlis ramah mesra Menteri Kesihatan bersama warga KKM di ibu pejabat kementerian di sini, Khamis.

Dr Subramaniam turut menyentuh mengenai penggunaan ubat-ubatan generik yang dijadikan isu oleh pihak tertentu sedangkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat telah pun membeli ubat-ubatan generik.

“Tidak ada salahnya menggunakan ubat generik jika ia bermutu tinggi. Ubat yang dipatenkan hanya boleh merawat 10 pesakit namun ubat generik boleh merawat 100 pesakit,” katanya. – Bernama

Source : mstar

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Warga KKM Diminta Jadi Duta"

Post a Comment