Berita Semasa

Robot Dapat Kerakyatan Arab Saudi

Robot Dapat Kerakyatan Arab Saudi - Tingkap Berita
Robot Dapat Kerakyatan Arab Saudi

ARAB SAUDI mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama memberi taraf kerakyatan kepada sebuah robot.

Robot bernama Sophia memberitahu penonton dalam satu sidang media di Riyadh bahawa dia berasa bangga selepas menjadi warganegara Arab Saudi.

Namun, orang ramai mula mempertikaikan sama ada robot tersebut lebih berhak daripada golongan wanita di negara berkenaan.

Dalam sidang media itu Sophia tidak memakai tudung dan abaya, perkara yang diwajibkan untuk wanita Arab Saudi ketika berada di khalayak umum.

"Terima kasih saya kepada kerajaan Arab Saudi. Saya amat berbangga dengan perbezaan yang unik ini.

"Ia detik bersejarah apabila menjadi robot pertama di dunia diberi taraf kerakyatan,' kata Sophia.

Namun tidak jelas sama ada taraf kerakyatan itu akan bermakna dalam istilah praktikal.



Source : mstar



Baca Juga:
Moto3: Joan Mir Muncul Juara
Pasangan Kekasih Dihukum Gantung
Pelajar Maut Motosikal Bertembung Ambulans
Pukul Anggota Rela, 'Datuk Seri' Patut Ditarik Balik

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Robot Dapat Kerakyatan Arab Saudi"

Post a Comment