Berita Semasa

Pukul Anggota Rela, 'Datuk Seri' Patut Ditarik Balik

Danny Ooi. - Tingkap Berita
Danny Ooi.

KUCHING: Tiada yang lebih menggembirakan jurulatih T-Team Rachmat Darmawan selain bersyukur apabila pasukannya berjaya mengekangkan Sarawak, sekali gus kekal dalam Liga Super musim depan.
Beliau mengaku pasukan Sarawak lebih menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus serta beberapa percubaan yang bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mohd Suhaimi Husin.

"Saya mengarahkan pemain-pemain saya lebih bertahan dan sekali sekala lancarkan serangan balas. Nampaknya taktik itu berhasil mengekang kemaraan pasukan lawan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Negeri, Petra Jaya malam Sabtu.

Beliau turut menyatakan kesediaannya menerima tawaran untuk terus membimbing T-Team bagi musim depan.

"Kita mempunyai ramai pemain muda yang berkebolehan dalam pasukan sekarang dan saya percaya kita akan memiliki pasukan yang lebihkuat bagi menghadapi musim baharu," katanya.

Rachmat berharap pihak pengurusan pasukan T-Team tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan pemain sedia ada kepada pasukan lain.

Beliau memberi reaksi sedemikian apabila diberitahu ura-ura beberapa pemain T-Team sedang diintai pasukan lain.

Katanya, tindakan melepaskan pemain kepada pasukan lain adalah merugikan kerana penggantinya belum pasti pemain yang lebih baik.

T-Team mengakhiri musim ini pada kedudukan ke-10 setelah Kelantan mencatat kemenangan ke atas Melaka FC dalam perlawanan terakhir malam Sabtu. - BERNAMA



Source : mstar


Baca Juga:
Mayat Sah Pendaki Malaysia
Pemandu Lori Direman Tiga Hari
Polis Antara Mangsa Serangan Pengganas Di Somalia
Pasangan Warga Emas Terpaksa Pakai Lampin

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pukul Anggota Rela, 'Datuk Seri' Patut Ditarik Balik"

Post a Comment