Berita Semasa

Pemandu Lori Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Direman Tiga Hari - Tingkap Berita
Pasangan isteri maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan itu. foto Facebook

SEREMBAN: Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa sepasang suami isteri di KM270.3 Lebuhraya Utara Selatan, Jumaat lepas, direman tiga hari bermula Ahad.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban Emysuriana Muhammad Subry di Mahkamah Khas Reman.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata pemandu lori terbabit yang berusia 59 tahun telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu.

"OKS (Orang Kena Saman) dibawa ke Mahkamah pada 12 tengah hari tadi dan direman selama tiga hari sehingga Selasa bagi membantu polis menjalankan siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Kemalangan itu membabitkan empat kenderaan pada 5.30 petang, Jumaat lepas berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, mengorbankan nyawa Lau Lian Huat, 62, dan isteri, Lim Ah Gim, 60 tahun.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan menghala ke utara, hilang kawalan akibat satu tayar hadapan meletup sebelum terbabas dan lalu terlanggar pembahagi lebuh raya.

Treler itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.

Pemandu treler itu tidak dapat dikesan di tempat kejadian selepas kemalangan itu. - BERNAMA



Source : mstar


Baca Juga:
Polis Antara Mangsa Serangan Pengganas Di Somalia
Pasangan Warga Emas Terpaksa Pakai Lampin
Wanita Maut Rumah Terbakar Di Bangsar
Kasut Ini Paling Mahal Di DuniaV

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemandu Lori Direman Tiga Hari"

Post a Comment