Berita Semasa

Pelajar Maut Motosikal Bertembung Ambulans

Pelajar Maut Motosikal Bertembung Ambulans - Tingkap Berita
Seorang pelajar sekolah maut apabila motosikal yang diboncengnya bertembung dengan sebuah ambulans di Jalan Kampung Senduk Tengah, Bukit Gantang dekat Taiping, pagi Ahad. Foto Bernama

TAIPING: Gara-gara keluar simpang secara tiba-tiba, seorang pelajar sekolah maut apabila motosikal yang diboncengnya bertembung dengan sebuah ambulans di Jalan Kampung Senduk Tengah, Bukit Gantang dekat sini, pagi Ahad.

Dalam kemalangan pada kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Ahmad Hazim Ahmad Nazir, 11, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kakaknya yang menunggang motosikal itu, Anira Husna,12, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, kemalangan itu turut menyebabkan pemandu ambulans dan seorang jururawat mengalami cedera ringan.

Katanya, siasatan awal mendapati semasa kejadian, ambulans dari Klinik Kesihatan Changkat Jering itu sedang menghala ke Kampung Senduk, manakala remaja tersebut bersama kakaknya mahu ke kedai runcit berhampiran.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila ambulans yang bergegas ke lokasi untuk mengambil pesakit dari laluan Changkat Ibol ke Bukit Gantang bertembung dengan motosikal yang tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri menghala ke Changkat Ibol," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Harrith Kam berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan. - Bernama



Source : mstar



Baca Juga:
Pukul Anggota Rela, 'Datuk Seri' Patut Ditarik Balik
T-Team Kekal Di Pentas Liga Super
Mayat Sah Pendaki Malaysia
Pemandu Lori Direman Tiga Hari

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar Maut Motosikal Bertembung Ambulans"

Post a Comment