Berita Semasa

Pasangan Warga Emas Terpaksa Pakai Lampin

Idris (kanan) menziarahi Abd Halim yang mengalami masalah penglihatan. - Sinar Harian - Tingkap Berita
Idris (kanan) menziarahi Abd Halim yang mengalami masalah penglihatan. - Sinar Harian

MELAKA: Memakai lampin pakai buang setiap malam telah menjadi rutin bagi pasangan suami isteri warga emas di Batu 10, Sungai Udang.

Mariam Peah, 75 dan suaminya Yusop Sahab, 78, melakukan rutin sebelum tidur itu sejak setahun lalu setelah mereka berdua tidak lagi kuat untuk bangun ke bilik air pada waktu malam termasuk mengalami masalah kencing tidak lawas.

Menurutnya, dia yang tinggal berdua berasa terbeban untuk memperuntukkan wang yang ada untuk membeli lampin pakai buang buat kegunaan mereka setiap bulan selain terpaksa berulang alik untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka.

Katanya, dia yang pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) berharap permohonannya sebelum ini dapat dipertimbangkan untuk meringankan beban lebih-lebih lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.

"Walaupun mak cik ada tujuh orang anak namun empat daripada perempuan dan mereka ada yang tidak bekerja serta mempunyai tanggungan keluarga sendiri.

"Kalau boleh mak cik harap dapatlah bantuan bulanan, lagipun kos nak beli lampin pakai buang bukanlah murah dan kami berdua guna setiap hari walaupun hanya pada waktu malam," katanya lagi.

Mariam berkata demikian selepas menerima kunjungan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menerusi Program Ziarah Kaseh di Sungai Udang, pada Jumaat.

Sementara itu, Idris yang juga Adun Sungai Udang berkata, program yang diadakan setiap minggu itu mampu memberi sentuhan dan suntikan aura positif terutama ketika menyantuni dan menziarahi insan yang sakit dan serba kekurangan.

Menurut Idris, meskipun mereka yang dilawati berusaha mempamerkan keceriaan biarpun keadaan mereka sedang diuji dan diduga dengan pelbagai ujian mahupun menghidap pelbagai jenis penyakit.

"Jika tahun pertama saya menjadi Ketua Menteri, orang Sungai Udang yang datang bertemu saya di kediaman.

"Namun kemudian kita laksanakan program Ziarah Kaseh dari rumah ke rumah dan mendapat maklum balas positif malah mereka yang dilawati menunjukkan diri mereka mampu sihat malah ceria," katanya.

Dalam masa sama, Idris turut berharap rakyat tidak mudah mempercayai setiap fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sedangkan kerajaan sentiasa berusaha yang terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat.

Selain rumah Yusop, Idris turut melawat sebuah lagi rumah warga emas yang didiami Abd Halim Jaafar. - Sinar Harian


Source : mstar


Baca Juga:
Wanita Maut Rumah Terbakar Di Bangsar
Kasut Ini Paling Mahal Di Dunia
Valentino Talluto Dipenjara 24 Tahun Sebar HIV
Mendy Beri Pep Syarat Sebelum Setuju Dibedah

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasangan Warga Emas Terpaksa Pakai Lampin"

Post a Comment