Berita Semasa

Pasangan Kekasih Dihukum Gantung

Pasangan Kekasih Dihukum Gantung - Tingkap Berita
Pasangan Kekasih Dihukum Gantung

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih selepas didapati bersalah atas mengedar dadah, tahun lalu.

Hakim Datuk Hashim Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhamad Samri Hashim, 40, dan Salina Dtiauddin, 32, selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Bagi pertuduhan kedua memiliki dadah, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap kedua-duanya dan 10 sebatan terhadap Muhamad Samri.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhamad Samri dan Salina didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 23.32 gram dan monoacethylmorphines 3.55 gram di dalam kereta jenis Proton Perdana di Jalan Bukit Awi, Kulim, pada 1 pagi, 12 Mac 2016.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Bagi pertuduhan kedua, Muhamad Samri dan Salina didakwa memiliki dadah jenis methamphethamine seberat 39.41 gram di tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2)/39A(2) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shuhada Mohd Yatim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, M. Chandran dan Burhanuddin Abdul Wahid.

- Bernama



Source : mstar


Baca Juga:
Pelajar Maut Motosikal Bertembung Ambulans
Pukul Anggota Rela, 'Datuk Seri' Patut Ditarik Balik
T-Team Kekal Di Pentas Liga Super
Mayat Sah Pendaki Malaysia

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasangan Kekasih Dihukum Gantung"

Post a Comment