Berita Semasa

Hodgson Terima Crystal Palace Kerana Tekanan

Hodgson Terima Crystal Palace Kerana Tekanan- Tingkap Berita
Hodgson Terima Crystal Palace Kerana Tekanan

PENGURUS Crystal Palace, Roy Hodgson menyatakan bahawa dia akan berhenti daripada bola sepak di saat tekanan tidak lagi boleh ditanggung.
Palace berada di tangga terbawah Liga Perdana selepas hanya memenangi satu perlawanan daripada sembilan pertandingan sementara tuan rumah West Ham pada Sabtu pula sudah mula mendaki carta.

Hodgson tidak pasti sama ada dia mengatasi tekanan pihak pengurusan dengan lebih baik kini berbanding ketika dia mula-mula menjadi jurulatih pada 41 tahun lalu.

Tetapi bekas pengurus England yang berusia 70 tahun itu masih mahu menginginkan tekanan daripada peringkat pengurusan teratas, biarpun selepas kesukaran yang dihadapi pasukan Eagle itu untuk memulakan kempen musim ini.

Ketika ditanya sama ada dia menghadapi tekanan lebih baik kerana pengalaman yang dimiliki, Hodgson berkata: "Saya tidak tahu, sama seperti soalan klasik, adakah terdapat cara mudah untuk menghancurkan hati seseorang? Saya tak fikir ia ada."

"Saya tak fikir ada cara mudah untuk menangani tekanan selepas kita mengambil pekerjaan itu.

"Jika saya mula merungut tentang tekanan itu terlalu berat untuk saya, nanti akan ada orang tanya mengapa saya ambil kerja itu."

"Saya ambil tanggungjawab ini kerana saya mahukan tekanan itu. Saya mahu pengalaman. Saya mahu bekerja dengan para pemain sekali lagi.

"Saya percaya saya boleh membawa perubahan. Saya percaya saya boleh bantu. Saya ambil kerja yang memberikan tekanan dan saya harus tanganinya," ujar Hodgson.


Source : mstar



Baca Juga:
Sohaimi Ditikam Di Kepala, Bahu
Budak Sembilan Tahun Ditemukan Lemas
Habuan Bunuh Suami
Tiga Ketua Kelab Utama EPL Bertemu Di New York

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hodgson Terima Crystal Palace Kerana Tekanan"

Post a Comment