Berita Semasa

Habuan Bunuh Suami

Habuan Bunuh Suami - tingkap berita
Habuan Bunuh Suami

Hang Tysr diiringi anggota polis untuk dibawa ke Penjara Kuching.

SIBU: Wanita berusia 36 tahun yang juga balu pengurus  cawangan bank telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh suaminya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nurchaya Arshad berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan Ling Hang Tysr terlibat membunuh suaminya, Wong Jing Kui.

Hakim Nurchaya juga menambah, tertuduh telah berbohong dalam kenyataan pembelaannya.

Beliau memerintahkan tertuduh supaya ditahan di Penjara Kuching sehingga proses rayuan terhadap tuduhan itu selesai.

Pada 14 Jun lalu, mahkamah telah memerintahkan Hang Tysr untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan prima facie terhadapnya.

Hang Tysr didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertuduh dan teman lelakinya yang berusia 30 tahun, Tiong King Guan didakwa membunuh Jing Kui, 31 di kediaman mangsa di Jalan Ulu Sungai Merah di sini pada pukul 1.30 pagi, 14 Jun 2012.

Hang Tysr telah didakwa bersubahat dengan Ling Hoe Ing, 28 untuk membunuh Jing Kui yang juga pengurus cawangan bank HSBC.

Bagaimanapun, setakat ini, King Guan masih lagi bebas, manakala Hoe Ing telah dijatuhi hukuman penjara 16 tahun selepas mengaku bersalah pada 1 Oktober 2013.

Source : mstar

Baca Juga:
Tiga Ketua Kelab Utama EPL Bertemu Di New York
Keluarga 43 Pelajar Hilang Tuntut Keadilan
Lagi Resort Indah Khabar
Warga KKM Diminta Jadi Duta

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Habuan Bunuh Suami"

Post a Comment