Berita Semasa

TAHNIAH KEADILAN..!


 Saya bersama tetamu lain hadir pagi ini di Kongres Nasional Tahunan KeAdilan Ke-12 parti itu. Kehadiran penuh dalam dewan yg besar ini.


 Ada beberapa kenangan bermakna bersama parti besar ini. Ucapan perasmian Presiden KeAdilan YB Dr Wan Azizah Wan Ismail menyentuh sudut penting, antaranya;

 [1] Tahun 2017 bermaksud sudah 18 tahun perjuangan parti itu berjuang bersama nakal di Malaysia di medan siyasah negara, jatuh bangun bersama semenjak 4 April 1999 dalam Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, dan hari ini bersama Pakatan Harapan. Sehinggalah pernah diberikan mandat negara 52%, serta menjadi pentadbir di Selangor.

 [2] Kak Wan, Presiden wanita pertama sebuah parti politik negara yg menerajui kepimpinan parti itu semenjak bermulanya DS Anwar Ibrahim dizalimi dan dihina oleh Umno/BN, memulakan ucapan perasmian dgn linangan airmata yg disaksikan seluruh dewan, mengungkap kalimah Tuhan yg menjadi asas pertubuhnya parti itu;

 "Wahai orang beriman, hendaklah kau jadi orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil".

 "Dan janganlah sekali-kali kebencian kau terhadap sesuatu kaum itu mendorong kau untuk berlaku tidak adil. Berlaku lah adil, kerana adil itu lebih erat kepada takwa". [ Al-Maidah : ayat 8 ]

 [3] Bagi saya, inilah ayat Tuhan yg cukup tinggi nilai dan applikasinya bagi apa pun organisasi yg meletakkan perjuangan menegakkan kebenaran & keadilan sebagai paksi mereka. Inilah ayat Tuhan yg diperjuangkan para Rasul dan pejuang kebenaran & keadilan semenjak sekian lama. Istiqamah mereka yaitu kebenaran dan prinsip yg diperjuangkan, bukan taasub pada label agama atau bangsa sesebuah parti itu. 

[4] Sejarah pagi ini tercipta buat pertama kali dalam sejarah apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad turun ke kongres tahunan parti itu mewakili parti ia yg turut berjuang dalam Pakatan Harapan. Satu penentuan Tuhan yg tak pernah terfikir dek logika dan perancangan insani biasa! 

[5] TunM duduk sebaris bersama Tuan Haji Mohamad Sabu, YB Lim Kit Siang (林吉祥), dan ramai lagi pimpinan Pakatan Harapan yg saling bersandaran menguatkan keempat parti itu. 

[6] Namun sebaliknya, sejarah juga telah dicipta pagi ini, buat pertama kalinya juga sebuah parti lama yg telah merubah matlamat perjuangan yg Presiden mereka sendiri satu tika dulu pernah bersama dlm menubuhkan KeAdilan 18 tahun lepas. Hari ini parti berlabel Islam itulah, PAS, memilih utk tidak lagi bersama pakatan nakal membantah kezaliman Umno/BN. Ironinya, mereka berlangkah jauh ke belakang memilih jalan sendirian dlm pola sempit agama dan bangsa, yg karenanya menyebabkan mereka bebas kerjasama dgn siapa pun. Hatta dgn Umno dan Najib itu sekalipun. 

[7] Bahkan PAS juga turut mengistiharkan KeAdilan dan semua yg bersama Pakatan Harapan itulah sbg musuh politik yg mereka mereka serang saban hari. Dan ya, semua itu berlaku hanyalah selepas perginya TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dua tahun lepas. 

[8] Juga amanat DS Anwar Ibrahim yg turut dibacakan YB Nurul Izzah Anwar cukup menyentuh perasaan yg hadir. Anwar berpesan pada anggota parti itu dan mereka yg bersama perjuangan rakyat utk terus mengorak langkah dgn lebih besar lengan berkuasa dan bersungguh demi memperkukuhkan saf perjuangan pembangkang. Satu impian yg cukup bermakna buat semua. 

[9] Dan seruan Anwar juga jelas. Siapa pun, cukuplah bersikap kecewa atas langkah PAS yg sudah tidak lagi mahu memperjuangkan nasib rakyat bersama saf nakal ini. Bagi Anwar cukup sudah dgn keputusan dan kehendak mereka itu, dan biarkan lah tindakan mereka itu diadili rakyat. Bagi KeAdilan, Amanah, Bersatu dan DAP, inilah masa terbaik utk Pakatan Harapan itu diangkat sebagai pilihan utama menolak segala kebrobokan Umno/BN selama ini. Menjadi tanggungjawab semua jentera parti utk bekerja mencapai matlamat bersama itu. 

[10] Dihujung sessi Kak Wan mengingatkan bahawa hari ini juga yaitu genapnya 832 hari DS Anwar Ibrahim terpenjara buat sekian kalinya di balik tembok Sungai Buluh itu, hanya kerana membela nasib rakyat. Maka tak ada cara lain yg bisa membela beliau, melainkan dengan "kebangkitan dan perubahan rakyat dalam PRU14 ini".

 Saya berdoa biar Tuhan merahmati semua mereka yg bersama saf perjuangan rakyat demi menegakkan kebenaran dan keadilan ini.

Siiru 'ala barokatillah.

Ahmad Sayuti Bashiron | Kongres KEADILAN 2017 
21 Mei 2017  sumber

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TAHNIAH KEADILAN..!"

Post a Comment