Berita Semasa

Kenapa Dr Asri Terlalu Emosi?


 Nampaknya umpan yang dipasang Umno BN sudah mulai mengena mangsanya… Orang pertama yang telan umpan tu pulak Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin !

Sepatunya sebagai seorang Mufti, Asri perlu menenangkan keadaan dan tidak mencurahkan minyak ke atas api.

 Asri yang biasanya sangat rasional dengan pandangannya dan berfakta, tetapi dalam menangani isu Zakir Naik ini, Asri turut beremosi tanpa menilik dan meneliti kewajaran alasan mereka yang menentang Zakir Naik berada di Malaysia.

  Pastinya Asri faham benar yang kita dilarang menghina agama orang lain kerana orang lain akan menghina agama kita pula!

  Kalau kita hina mereka sebagai penyembah lembu, bagaimana pula bila mereka kata orang Islam sebagai penyembah Batu Hitam di Mekah?

Malaysiakini melaporkan, Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin hari ini memuat naik beberapa baris di laman Facebooknya, menyelar apa yang dipanggilnya golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah” 
“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru semoga pendakwah kita dibelenggu,” Asri memulakan catatan ringkas yang disifatkannya “puisi pagi Jumaat”.

Dalam catatannya, Asri turut mengecam sebuah kerajaan yang menurutnya “menyembah api dan penganut sati, pembakar wanita janda, di benua sana.”

Sati merujuk amalan kuno di kalangan masyarakat Hindu di India yang diharamkan di negara itu, di mana seorang balu aben dirinya selepas maut suami. Baca lagi di sini
Kenyataan Dr Maza itu sudah tentunya mengundang kemarahan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang mendesak polis menahan Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina dan menjadikan kebencian terhadap masyarakat beragama Hindu.
Pengerusi kumpulan hak asasi kaum India itu, P Waythamoorthy berkata, catatan terbaru Asri itu secara terang-terangan menghina agama Hindu.

“Dia sebut menyembah lembu. Status itu secara terang-terangan berkait dengan Dr Zakir Naik. Dia menghasut masyarakat Islam dengan menjadikan kebencian terhadap masyarakat Hindu.

“Seharusnya polis memberkas Asri dan menyiasat dia untuk kesalahan menghasut dan menjadikan ketegangan antara masyarakat pelbagai agama di Malaysia,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Asri di Facebooknya yang menyelar golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”. Baca lagidi sini
 Komen Pembaca:

Sean ZX : Bodoh punya ustaz! Lembu pun ada lebih akal!

Ravinder Singh : Asri gagal sebagai seorang agamawan. Beliau bukan menyampaikan kebijaksanaan atau kemuliaan seorang agamawan. Kata-kata kesat dan menghina ibarat ini dari ekspresi seorang mufti hanya memburukkan kemuliaan agama Islam.

Yang penting bukan kepercayaan seseorang dengan “tuhan”nya tetapi perhubungannya dengan orang-orang lain dalam masyarakat serta pinjaman mereka kepada masyarakat. Untuk pengetahuan Asri, mereka yang "mempertuhankan lembu" telah banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Mereka-lah yang telah membina jalan-jalan raya dan landasan kereta api serta infrastruktur lain sebelum Kemerdekaan. Di Malaysia “pendakwah kita” harus mendakwa kepada orang-orang Islam supaya tidak berasuah, tidak tipu-menipu, tidak merempit-rempit, tidak membuang bayi, tidak merogol budak-budak sekolah, dsb. dan bukan memburuk-burukan kepercayaan orang-orang bukan Islam dan mempecahbelakan “national unity” negara ini.

Mishma Delvina : Mahu berdakwah pasal islam , kisah pasal keindahan islam . Orang akan lebih hormat dan tertarik pada pendekatan sebegini .

Jangan dok kisah pasal kekurangan dan keburukkan agama lain , itu hanya kefahaman dan pandangan kita . Cara begini akan mencetuskan sengketa dan kurang senang di kalangan pelbagai penganut agama .

Ramai pendakwah luar yang masuk keluar Malaysia , bukan kehadiran kesemua mereka dibantah penganut beragama hindu . Hanya seorang itu saja yang suka bercakap pasal hal-ehwal agama hindu dan Christian.Kenapa ?

Kenapa tidak hanya bercerita pasal kecantikan agama islam sendiri? Bagaimana muslims nak bantah orang hindu ( kononnya ) masuk campur hal-ehwal agama islam , pada masa yang sama pendakwah dari India itu bebas pula bercakap pasal agama hindu ? Munafik kah ?

Phang Kuan Hoong : rupanya Asri ndeso jugak. nak bela "pendakwah" yang suruh orang jadi pengganas.

English Language & Teacher Training Services : Sir, your puisi is highly insulting and distasteful for your position and intellect. Disappointing!

Ravin Cheema : Hahahahaha Indian government tiba2 zalim pulak.. nasib baik kat india, masih ada proses mahkamah.. bila kat china dah lama case close

Eric Khoo : Pendakwah pendakwah ini ada lesen untuk mencaci dan menghina orang bukan Islam, bila awak buat puisi sama nanti, jangan kata besok, malam ini boleh tidur lokap, ini lah hakikat kenapa orang luar tak nak melabur diMalaysia.

Mukhlis Eddie : Dua baris terakhir ditujukan pada warganegara sendiri ke ? Mufti pun beremosi dalam isu ZN.

sebagai mufti harus reda kan keadaan dan bukannya mencurah minyak pada api.

Hanya disebabkan dia seorang habis bertelagah rakyat malaysia.
Jangan kejadian korea utara berulang sekali lagi.

Jangan dilupa dibenua sana jugak mempunyai populasi terbesar muslim yg memintas populasi muslim di indonesia.

Shahrul Idzwan Shaari : Saya rasa puisi Dr.Maza ni agak kasar. Sy faham Dr marah dgn setengah pihak pasal isu ni. Mungkin sikap mereka yg kita perlu keras menegur dan membetul, bukan doktrin mereka. Takut tajuk pertikaian menjadi doktrin vs doktrin instead of kaedah vs kaedah.

zudin Judin : Ape yg berlakuni sy sokong 200% pasal dr zakir nik.. Tpi mgutuk dewa org bukan islam rase mcm tk brape nk stuju.. Sbb pernah terbaca Allah larang kita kutuk dewa agama lain.. Sbb nanti org akan lebih mngutuk Allah kita.. Klu sy slah mntk maaf..

Shaloue Vi :Encik Shahrul Idzwan Shaari, saya seorang hindu. Saya tiap tiap hari penat bekerja Dan tak ada masa untuk politik. Dan saya juga tiada persoalan eksklusif pasal siapa pun dapat PR. Itu hak kerajaan untuk buat decision. Tapi, saya sangat suka perkara yang anda beritahu - bila orang tak tahu, kita kena ajar! Sebab asal undangan perkara ini - bukan alasannya ialah kaum india tak suka Islam atau tak suka Zakir. Tapi, marah alasannya ialah tak dapat PR walaupun lama duduk di negara tercinta, Malaysia.

Seluruh dunia dah tahu yang Islam is a wonderful religion. Tapi, masalahnya, jangan slalu kaitkan kaum lain dengan topik membantah islam and all. I also heard from a friend that Indian News paper also involved in helping Zakir Naik. So, are we racist or against Islam? No.

Segelintir yang tak da IC dan PR cuma rasa kecewa je. Takda kena mengena Islam or Muslims in this country. Please stop condemning all the religions. If this goes on... Then tak da makna Kaum Islam kerja Di company America, China atau India because Malaysia is a combination of all religions.

I baca komen dari sesetengah orang, I'm sure some of them are working for an American or Chinese company, if these companies don't like Islam, they will not employ muslims. Simple as that! Plus, to all those who kutuk pasal kaum lain, if you are working for kaum lain or your boss is kaum lain lain, would you resign right away? You should think twice before commenting.

Rezzuan Rahim : Dr, I've been your admirer for a long time. Diharap Dr ambil pandangan saya dengan hati terbuka. Saya rasa puisi ini terlalu berangasan dan mencurahkan minyak lagi ke api kes ZN ini.

I understand if you wanna draw a line in the sand. Tapi, tolong jangan guna stereotaip yang paling negatif wacana saudara-saudara senegara kami.

Saya juga tidak baiklah dengan keghairahan sesetengah pihak untuk menghalang seseorang daripada mendapat PR walaupun saya bukan peminat ZN.

Saya hormati hak Dr untuk bersuara dan memberi pandangan, but please understand the consequences of your words. It'll drive a deeper wedge among us. This doesn't help at all.

Dhanyaraam Chinathamby : Apabila seorang individu yang gemar menghina agama lain dipertahankan oleh seorang Mufti membuta tuli.. aib la..

Lembu tidak pernah dipertuhankan dalam anutan yang tertua dalam dunia. sebaliknya dihormati akan sumbangannya kepada kehidupan penganut agama tersebut. Ini lah hasil ceramah Zakir Naik. Ceramah guna fakta yang tak betul. Nak cakap bodoh, takut pula aku.. tapi bila dah ndeso tu, ndeso la..

Ali Husaini : Drmaza yg sy kenali melalui kuliah2 ialah way2 better than this. Seorang yg very respectful, rahmah, disenangi. Keras pd isu2 tertentu shja yg tiada kompromi ibarat syiah. Jgn la hnya kerana seorang zakir naik, keluar puisi yang x baik ni. Tak berbaloi. Mohon lebih sabar.

Zubir Yusof Din: Pak mufti, anda yg ajari kami lewat ayat ayat Allah yang kau alunkan.

'kita tak dibenarkan maki, kutuk sembahan sembahan agama lain lain,kelak mereka maki sembahan kita dengan melampau batas'

Pagi tadi, lewat puisi tajam mu.. Jelas sinisan kau terhadap sembahan mereka, kau main pula ayat kasta kasta.

Lalu, kau yang pernah kami sanjungi atas langkah moderat, wastiyy dan kritis terpadam dek cara pertahananmu hanya kerna seorang warga india yang di kehendaki negaranya sendiri.

Pantas, kau pejam mata terhadap etnik india dalam negara yang terkadang berpuluh tahun tak punya warganegara?Manakala dia sekelip mata di beri PR negara kita.

Mufti.

Jangan kerana puisi tajam mu itu... Allah cabut keamanan kita yang beraneka bangsa.

(aku yg muslim dan cenderung dgn aliran dia pun rasa tak patut, apatah lagi rakan rakan india)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kenapa Dr Asri Terlalu Emosi?"

Post a Comment