Berita Semasa

Tolonglah.... Jangan Ketawakan Dia...

PAS perlu sedia jadi kerajaan, kata Nasrudin


Meskipun hanya bertanding 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang tetapi Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan percaya parti itu harus bersedia menjadi sebuah kerajaan.

"PAS bersama Gagasan Sejahtera sedang mengorak langkah ke gerbang pilihanraya umum ke-14 dengan siap dan sedia untuk memenangi kerusi yang ditandingi. Galas tanggungjawab membina negara berkebajikan, sejahtera dan maju bersama Islam.

"Minda, spiritual dan fizikal pimpinan PAS, jago dan seluruh penyokongnya perlu diletakkan dalam posisi "government in waiting".

"Justeru itu, PAS menggagaskan budaya politik matang dan sejahtera dalam pendekatan dan gerak kerja parti," kata Nasrudin dalam satu catatan Facebook hari ini.

PAS kini merupakan sebahagian daripada gabungan kuasa ketiga bersama parti kepingan Umno Parti Ikatan Negara (IKATAN).

Bagaimanapun IKATAN dilihat tidak mempunyai signifikan dalam politik nasional.

Parti Islam itu semenjak muktamar tahun ini menyatakan akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan menawan lima kerajaan negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor.

Parti-parti dalam Pakatan Harapan menggambarkan PAS sebagai sekutu yang berpotensi dalam kerajaan pimpinan Umno.

PAS menafikan bahawa ia akan berafiliasi secara politik dengan Umno, walaupun kedua-dua parti itu berafiliasi dalam hal-hal melibatkan kepentingan agama Islam.

Nota : Korang komenlah... saya tak larat nak ketawanih...




Baca Juga :
Subky Latif masih nak tunggu kucing bertanduk??
BERSATU mahu hadkan kuasa PM untuk melantik
Zamri Hashim perlu bertanggungjawab keatas khutbah itu...
Saya tidak pasti sama ada Tun Mahathir Mohamad perlu berasa cemas dan melutut minta ampun

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tolonglah.... Jangan Ketawakan Dia..."

Post a Comment