Berita Semasa

Tok Jib cakap benar : Dr Mahathir gunakan pelobi


 Najib kata, Tun Mahathir jangan jadi hipokrit. Najib mendedahkan  satu rahsia iaitu Dr Mahathir telah menggunakan khidmat pelobi untuk bersama presiden US suatu dikala dahulu.

Wow! Selama ini saya percaya cakap  Rafizi Ramli yang tuduh Najib gunakan pelobi untuk bertemu dengan Trump di White House.

Menurut Rafizi, Godfrey Group Limited yang dimiliki Florence Goh telah mewakili Pejabat Perdana Menteri untuk melantik dan membayar sejumlah RM1.125 juta kepada bekas pembantu kempen Presiden Donald Trump yang berjulukan Healy Baumgardner-Nardone untuk menjalankan kerja-kerja melobi bagi pihak Pejabat Perdana Menteri.

Aku pun cuba untuk menerima kepastian; saya gi jumpa Bomoh Malaya, minta beliau telekan perkara apa yang sebenar yang berlaku..



Maka Bomoh Malaya pun melihat melalui teropongnya… kejap ke kanan, kejap ke kiri dihalakan teropong bulohnya itu… lama juga  aku tunggu sebelum beliau memberitahu saya perkhabaran yang beliau dapati melalui alam ghaibnya.

“ Memang benar apa yang Tok Jib cakap :  Dr Mahathir gunakan pelobi untuk bertemu presiden US dulu…

“ Apa yang Rafizi cakap tu semuanya ialah bohong! Tak ada satu pun yang benar melainkan bohong semata-mata,” kata Bomoh Malaya.

“Ala tok Moh, cakap-lah betul-betul,” saya merayu kepada Bomoh Malaya sambil menghulurkan sedikit wang kepadanya.

Bomoh Malaya senyum sambil mengenyit matanya kepada ku lalu menambah cerita:

“Yang sebenarnya, Presiden Amerika, Trump tu yang nak sangat bertemu dengan Najib!

“Trump yang  bayar Najib berjuta-juta; dimasukan terus ke dalam akaun peribadi Najib,” bisik Tok Moh ke pendengaran aku. Dia risau kalau-kalau ada yang mencuri dengan pendedahannya itu.

Menurut Bomoh Malaya tu lagi, SPRM masih belum beri  akreditasi wacana bayaran itu sebagaimana derma macam yang anak Raja Arab bagi 2.6 juta dulu tu…

"Ssy..ssy… jangan bagi tau kat orang tau, ini rahsia kita berdua sahaja,” Tok Moh mengingatkan aku.

Patutlah Najib teruja sangat bila Trump mahu sangat bertemu dengannya. Najib ingat tentu  Trump nak bagi Najib projek untuk tolong bangunkan ekonomi Malaysia...Rupa-rupanya Trump hanya mahu dongeng pasal rahsia Mahathir yang melobi tu jer!

Walau bagaimana pun, Najib terlalu besar hati bila mendapat perkhabaran itu lalu terus tawarkan perlindungan untok tolong bangunkan ekonomi Amerika.. senyum lebarlah presiden Trump.

Satelah Najib menjejak kakinya  di tanah air, tak menyempat2 Najib nak  dedahkan rahsia itu kepada rakyat...

Dan itulah saja ole-ole yang Najib berjaya bawa balik dari kunjungannya selama 3 hari ke Amerika Syarikat. Najib ada gambar sebagai bukti pertemuannya dengan Trump... 




Baca Juga :
Kafirkah Saya?
Ini ia Kepala Kudeta!
PELAKSANAAN HUKUM HUDUD : ANTARA REALITI DAN MANIPULASI
Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi sasar 100,000 hadirin pada 14 Oktober ini

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tok Jib cakap benar : Dr Mahathir gunakan pelobi"

Post a Comment