Berita Semasa

Sunggohlah bagai yang ditohmah - Hj Hadi dan Pas tersedak dengan dedak 1MBD!


Tujuan Pas menyaman Sarawak Report (SR) ialah untuk membersihkan maruah parti itu yang ditohmah mendapatkan dedak daripada 1MDB nampaknya mungkin tidak akan kesampaian, malah ia semakin mengukuhkan tohmahan tersebut!

SR mendakwa pemimpin PAS mendapatkan dedak dari 1MDB sebanyak RM90 juta. Dakwaan yang sama juga diulang Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pas melancarkan ‘Tabung Saman Sarawak Report’ semasa muktamar di Kedah, April lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan berjaya mengutip hampir RM200,000.

Apakah cukup dengan wang RM200,000 itu untuk menguruskan saman terhadap SR?

Dari mana Hj Hadi nak cekup lagi duit bila kos itu lebih dari RM200,00??

 Menurut SR, kos yang munasabah yang dikenakan peguamcara Carter Ruck setakat ini ialah kira-kira £ 100,000 / RM600,000, walaupun sebelum perbicaraan itu sendiri telah berlaku (lebih £ 500 / RM3,000 per jam).

Persoalan ini mungkin dapat di leraikan melalui pendedahan terbaru yang didedahkan oleh SR.

Menurut SR, ada enam orang pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang yang sibuk menghadiri indera pendengaran pengurusan kes Hj Hadi terhadap Clare Brown, pengarang Sarawak Report  di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu. Mereka mendengar dengan teliti dan mengambil nota.

Mana Juham? Mana Datuk Takiyuddin Hassan?

Selain daripada mereka, tidak ada tokoh Malaysia lain yang menghadiri mahkamah, sebagai mewakili PAS atau Hj Hadi. Kenapa??

Tentulah agak janggal kerana tidak ada wakil dari Hj Hadi atau Pas menghadiri indera pendengaran di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.

Bertambah janggal lagi, kerana akhbar info rasmi Pas, Harakah tidak menyiarkan eksklusif wacana berita pendengaran pengurusan kes Hj Hadi terhadap Clare Brown, pengarang Sarawak Report  di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.

  Apakah kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia berperanan sebagai wakil Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?

  Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri perlu menunjukkan penjelasan mengenai perkara tersebut.

 Sarawak Report sempat mengambil gambar tiga daripada enam kakitangan Suruhanjaya Tinggi yang hadir di makamah pada hari tersebut :

Mahu lari ke mana Hadrizammi?
1) Mohd Hadrizammi Mustafa dari Jabatan Politik & Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, 
Tertangkap di perkarangan luar
Mahkamah London
2) Pegawai Media Kedutaan (kiri), yang bertanggungjawab untuk fotografi, media umum dan siaran akhbar, Wan Rosli Wan Osman dan 
3) Encik Jesse Quiban, Setiausaha Kedua Hal Ehwal Bilateral, juga dalam bahagian 'Politik dan Keselamatan' bahagian Suruhanjaya Tinggi.
Jadi apakah kepentingan Kerajaan Malaysia dalam saman fitnah oleh seorang 'ahli politik pembangkang' terhadap Clare Brown seorang wartawan Sarawak Report?

 Berhubung dengan kes indera pendengaran saman Hj Hadi keatas Clare Brown di Mahkamah London pada 2 Ogos lalu itu, apakah Pas boleh beri penjelasan terhadap perkara-perkara berikut :

1) Kenapa tidak ada wakil peribadi Hj Hadi?
2) Adakah 6 anggota kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia mewakili Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?
3) Kenapa Harakah tidak menyiarkan info mengenainya?
4) Siapa bergotong-royong yang bantu tolong sediakan dana untuk segala urusan guaman di London?

 Tanpa menunjukkan jawapan yang terperinci keatas duduk perkara diatas itu, Pas tidak mungkin dapat membersihkan imejnya dari dakwaan mendapatkan dedak dari 1MDB sebanyak RM90 juta dengan pendedahan di atas oleh Sarawak Report dan 

 Imej Hj Hadi dan Pas semakin berkecai dan berkecamuk menybabkan orangramai semakin hilang kenyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkannya selama ini. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sunggohlah bagai yang ditohmah - Hj Hadi dan Pas tersedak dengan dedak 1MBD!"

Post a Comment