Berita Semasa

Subky Latif masih nak tunggu kucing bertanduk??

Subky Latif masih nak tunggu kucing bertanduk....??
 Subky Latif kata  "90 juta PAS tarak terima". Tidak ada siapa yang dapat beritahu cara mana dan di mana dan bila duit 90 juta itu diberi dan siapa yang menerimanya.

Biar saya bagi tahu Subky dan juga para walaun menyerupai Subky ini; jikalau korang benar mahu tahu perihal fakta 90 juta yang Pas terima dari Umno itu, mahu tahu mengenai akaun bank siapa yang keluarkan dan kepada akaun siapa ia diberi, Pas perlulah  saman YB Rafizi Ramli atau DS Husam Musa biar semua fakta itu Pas boleh tanyakan di dalam mahkamah dan akan mendapat jawapannya!

Selain SR yang tuduh Pas terima 90 juta, Rafizi Ramli dan Husam Musa juga telah membuat tuduhan yang sama.

Jika Rafizi atau Husam gagal memperlihatkan fakta perihal yang disebutkan itu, maka sudah pastinya mahkamah akan mendapati bahawa tuduhan Rafizi dan Husam perihal 90 juta itu ialah palsu dan fitnah. Rafizi dan Husam akan dihukum bersalah kerana berbohong dan memfitnah; maka Pas tentunya akan boleh dapat untung dari saman aib itu.

Sekadar berani ugut dan penafian...
 Tetapi kenapa Pas tidak berani lakukan, sedangkan sebelum ini bukan main beriya-iya Tuan Ibrahim Tuan Man ugut nak saman Husam!

Pas sepatutnya berani saman Rafizi Ramli dan Husam Musa untuk menandakan bahawa tuduhan 90 juta mereka itu ialah palsu dan fitnah; bukan sekadar membuat penafian demi penafian.

Kes indera pendengaran saman Hj Hadi keatas Clare Brown di Mahkamah London pada 2 Ogos lalu itu menjadi tanda tanya ramai kenapa tidak ada wakil peribadi Hj Hadi.

Tetapi yang hadir ialah 6 anggota kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Apa kaitannya kerajaan Malaysia dengan kes Hj Hadi saman RM90 juta Sarawak Report?

Kenapa kerajaan Malaysia perihatin sangat dengan kes saman parti badung Pas Hj Hadi? 

Apakah Kerajaan yang bantu tolong sediakan dana untuk segala urusan guaman di London?

Maka itu, Pas janganlah pula nak perasan sangat bila dah saman SR. Sila saman Husam dan Rafizi !!

Beri 90 juta ambil tapi PAS tetap lawan UMNO dalam PRU14…

Berkata pula Subky, Pas kini nak gunakan modal TG Nik Aziz, beri pitih ambil. Beri 90 juta ambil tapi PAS tetap lawan UMNO dalam PRU14…
“Jika betulpun PM Najib bagi 90 juta pada PAS, mengikut mantik TG Nik Aziz tadi, maka PAS ambil saja, masuk dan sekongkol dengan UMNO tidak sekali. Kerjasama dengan UMNO tunggulah sampai kucing bertanduk.”
 Almarhum  Mursyidul Am TGNA ketika mengulangi taktik kempen PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil Lundang pada 1994 berkata :

“Kalau mereka beri duit kita ambil, jikalau beri gula kita kacau dan jikalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, jikalau di daerah PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan jikalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP,” 

 Kenyataan almarhum diatas itu sedikit pun tidak menjadi polemik atau menjadikan kemarahan orang Pas saat itu kerana ianya lebih kepada taktik menghadapi tindakan Umno BN yang menggula-gulakan rakyat bila bersahabat pilihanraya.

Ada pun 90 juta yang Husam dan Rafizi Ramli dakwa Pas terima dari Umno itu diterima oleh beberapa kalangan pemimpin Pas tertentu sahaja…!

Maka jangan Subky  mahu samakan pula dengan pertolongan gula, kain dan sedikit duit yang menyeluruh kepada rakyat secara umum.

Dan pula, saat kala pertolongan gula dan kain itu, Pas tidak dilihat mesra Umno sebagaimana keadaannya hari ini. Pemimpin-pemimpin Pas pula tidak hidup bermewah-mewahan sebagaimana pemimpin Pas loni.

Malah almarhum TGNA sangat istiqamah dan tegas menentang Umno BN.

Mana buktinya Pas tetap lawan Umno dalam PRU14?

Cepatlah realisasikan ....perlu tunggu kucing bertanduk??
 Tindak tanduk PAS setelah berpisah dari Pakatan Rakyat terang menunjukkan parti itu cenderung memenangkan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang terpalit dengan skandal rasuah terbesar 1MDB.

Dulu PAS menentang habis-habisan Umno BN dan menolak politik perkauman tetapi sekarang PAS pula yang mewujudkan api perkauman. Siang malam rakyat cuba dimomokan dengan DAP kononnya DAP anti Melayu, anti Islam!

PAS-UMNO semakin mesra dan berpelukan apabila menolak kerjasama politik dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dan mengisytihar untuk meletakkan calon di 100 kerusi parlimen.

Pemimpin PAS dengan agkuhnya isytihar mahu menawan Selangor, termasuk nak merebut kerusi milik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan juga kerusi Dr Wan Azizah, Permatang Pauh…

Pas nak lawan Umno, tapi pas serang DAP?

Sekejap Pas kata mahu lawan Umno, sekejap lagi ada pemimpin lain kata mahu berbaik dengan Umno.

1) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi keluarkan kenyataan melarang ahlinya dari menyerang Umno.
2) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi semakin lebih mesra Umno.
3) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi siang malam ia serang DAP!
4) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi tidak mahu rampas kuasa Umno.
5) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tetapi tidak kemaruk kuasa perintah Negara, kata Hj Hadi.
6) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tapi presiden Pas kata ia mahu jadi penasihat BN!
7) Pas mendakwa mahu lawan Umno, tetapi Majlis Syura Ulama menetapkan kerjasama Pas-Umno.

Itulah beberapa kepelikan politik matang yang Pas amalkan.Nak lawan Umno tapi tak serang Umno, sebaliknya serang PH!

Pemimpin Pas sengaja mengeluarkan banyak kenyataan yang bertelagah sesama sendiri semata-mata bertujuan mahu menipu dan mengelirukan para penyokongnya hal yang sebenarnya.

Setiap hari, kenyatan demi kenyataan dikeluarkan untuk memperdayakan para penyokong biar terus berada dalam lubuk perigi buta.

PH telah membuka pintu ajak Pas untuk bersama tetapi Pas telah menolak. Itulah pilihan Pas – mahu bersendirian sebagai third force. Maka PH tiada pilihan lain selain menganggap PAS dan Umno ialah musuh yang perlu dihadapi dalam PRU14 nanti.

Straits Times Singapura pernah melaporkan Hj Hadi berbincang dengan DS Najib Razak untuk jatuhkan kerajaan Selangor.

 Tuduhan ini sangat berat tetapi Hj Hadi tidak berani membuat penjelasan segera mengenai laporan tersebut.

 Jika laporan ini tidak benar, kenapa Pas tidak saman Straits Times? 

Pilihan Raya Umum ke-14 PH bukan sahaja berhadapan dengan Umno malah dengan sekutu tidak resminya,PAS.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Subky Latif masih nak tunggu kucing bertanduk??"

Post a Comment