Berita Semasa

SIKAP ORANG MELAYU ISLAM


Bila ada cadangan untuk mengadakan pesta minum arak maka setengah orang Islam Melayu melenting menentangnya. Kononnya penentangan itu wajib, ia juga diistyharkan sebagai jihad dan jikalau mati dalam perang itu ia syahid, akan masuk terus ke syurga.

 Tetapi bila dihalusi perjuangan itu hanya sepele sahaja dan lebih kepada gimik untuk menyampaikan jiwa Islam kita sudah kuat, sudah mantap. Walhal mengenai arak ini apa yang mereka patut pejuangkan bukan pesta itu, tetapi bendungkan soal arak itu dahulu.

 Berjuang musnahkan dahulu kilang membuat minuman keras itu. Berjuang halang akan kemasukkan minum haram itu ke negara ini. Halang hapuskan permit penjualan dan pengedarannya. Itu paling afdal daripada hanya menjerit melolong menentang pesta alkohol itu. Beranikah?

 Kalau setakat berjuang untuk mematikan “anak”, tetapi “ibu” dibiarkan, bagi aku lagak pejuang itu bagi aku tidak ubah cuba mematikan api yang marak dengan setimba air sahaja. Sekali jirus menimbulkan api bukan padam tetapi makin marak. Yang terbaik, panggil “bomba” dan ambil air laut untuk memadamkan api itu, itu gres dikatakan perjuangan yang sebenarnya.

Banyak umat Islam kita melaksanakan perkara yang sia-sia mendedahkan akan kebebalan semangat Islam yang dianuti. Paling dongkal lagi mereka terus mendokong penguasa yang membenarkan kilang arak dibangunkan, bukankah itu juga menyampaikan anda juga bersubahat dengan kemungkaran?

 Sedarkah dikalangan orang Melayu walaupun mereka haram minum arak tetapi mereka ambil botol untuk dijual kepada keling pembeli barangan terbuang. Trims. MSO




Baca Juga :
Kerjasama Umno-Pas Dilihat Beri Manfaat
BERAGAMA SECARA SENTIMEN DAN EMOSI
BEER
RAKYAT BERSUJUD SYUKUR JIKA PAS

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SIKAP ORANG MELAYU ISLAM"

Post a Comment