Berita Semasa

Sekali jadi katak, tetap macam katak juga..

Banyak katak hijau di dalam perigi buta 
Konon ceritanya ada seorang puteri raja telah dibawa lari oleh seekor katak ke sebuah negeri lain…

"Please release me and set me free, O Mr Frog" kata Tuan Puteri.

" Sorry, I no speaking English!" jawab sang katak." Cakap Melayulah..." katanya mendesak.

Lalu Tuan Puteri pun bercakaplah Melayu, “Lepaskanlah beta wahai sang katak…” rayu Tuan Puteri  berkali-kali.

Lalu sang katak itu pun berkata, “Demi Melayu, setuju Tuan Puteri, saya akan bebaskan kau jikalau kau berikan saya satu kucupan!”

Tuan Puteri itu pun tak ada pilihan melainkan bersetuju lalu mengucup sang katak itu…

Teng-teng-teng... tiba-tiba sang katak telah berubah dan berubah menjadi menjadi seorang lelaki yang tampan…

Terkejut Tuan Puteri tidak terperi… terus terpegun melihat ketampanannya itu.

“Terima kasih Tuan Puteri. Kucupan Tuan Puteri itu tadi telah melenyapkan kuasa sihir yang dilakukan keatas beta selama ini. Sebenarnya beta asalnya sorang putera raja tetapi telah disihir menjadi katak,” terangnya.

Diringkaskan ceritanya, maka berkahwinlah mereka berdua dan kembali hidup di dalam sebuah istana yang permai.

Pada malam pertama itu, Putera Katak nampaknya tidak tabah lalu melompat naik ke atas katil untuk bersama dengan Tuan Puteri.

Di atas katil, Putera Katak terus menerus melompat-lompat keriangan. Tuan Puteri juga ikut sama melompat-lompat. Seronok sakan mereka berdua...

Pada keesokan paginya, berdiri dari tidur, Tuan Puteri gelihati melihatkan telatah Putera Katak itu yang melompat terjun dari katil dan terus melompat-lompat menuju keluar bilik.

 Tuan puteri berasa puas hati melihatkan perilaku Putera Katak itu yang terlompat-lompat keriangan...

 “Dia riang terlompat-lompat kerana mendapat layananku malam tadi ...” bisik hati Tuan Puteri.

Tuan Puteri terus menunggu diatas katil kerana ingin memberi layanan yang lebih istimewa lagi kepada Putera Katak itu…

Lama ia menunggu sampai hilang sabar. Dia sangka Putera Katak berada di bilik mandi lalu dicarinya disitu tapi tidak ada!

Merata ia mencarinya ….rupa-rupanya Putera Katak itu sedang berada dalam perigi buta di belakang istana sedang leka bermain dengan katak-katak dalam perigi itu.

Hiruk pekik suasana dari dalam perigi buta itu. Kejap dengar suara 'Hudud-Hudud' ... kemudian sepi... suara pula Tiga Lima-lima... kemudian senyap... suara pula Satu Enam-Tiga... kemudian sepi lagi...bunyi lagi 'Arak-arak!'...

"Banyaknya katak dalam perigi buta ni. Kenapa semuanya katak hijau? " bisik hati kecil Tuan Puteri penuh kehairanan.

Melihatkan kehadiran Tuan Puteri, Putera Katak itu pun segera melompat keluar lalu dipimpin menuju ke bilik mandi istana.

“Disinilah tempatnya kalau kanda nak membersihkan badan, bukan masuk ke dalam peigi buta tadi!” pesan Tuan Puteri lalu bergegas pergi ke bilik peraduan untuk menunggu…

Tunggu punya tunggu… masih tak final lagi Putera Katak mandi… Kedengaran kocakan air macam kanak-kanak keriangan bermain air…

Tuan Puteri pun pergi menjengok nak tahu apa karena yang seronok sangat kedengaran macam orang berpesta dari luar itu…

Tuan Puteri terkejut sangat…. Dia lihat Putera Katak sedang melompat-lompat keriangan bermain air taik dalam mangkuk tandas rupanya…

“Sekali jadi katak, tetap macam katak juga..” keluhan Tuan Puteri...

Nota : Kisah diatas tiada kaitan dengan insan yang hidup atau yang telah mati. Kisah katak jer...




Baca Juga :
Tok Jib cakap benar :  Dr Mahathir gunakan pelobi
Kafirkah Saya?
Ini ia Kepala Kudeta!
PELAKSANAAN HUKUM HUDUD : ANTARA REALITI DAN MANIPULASI

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sekali jadi katak, tetap macam katak juga.."

Post a Comment