Berita Semasa

Sebab Najib lanjutkan tempoh Raus jadi Ketua Hakim Negara


 Mengulas perlantikan Md Raus oleh Pejabat Perdana Menteri semalam, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram pernah mengingatkan bahawa dua perkara yang mungkin berlaku jikalau Ketua Hakim Negara itu diberikan lanjutan dua tahun.

"Pertama, ini akan mengugatkan tubuh kehakiman.

“Kedua dan yang lebih penting, lanjutan itu boleh dicabar, dan ini mungkin memalukan penyandangnya (Hakim Raus). Ini mesti dielakkan pada sebarang kos," katanya di sini

Raus kini memasuki bulan ketiga daripada tempoh lanjutan perkhidmatan enam bulan selepas mencapai umur 66 pada bulan Februari lalu.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, tempoh maksimum seseorang ketua hakim atau mana-mana hakim lain mahkamah persekutuan boleh berkhidmat ialah hanya sehingga 66 tahun, ditambah dengan lanjutan enam bulan. “Sebenarnya, peruntukan itu merangkumi semua hakim," katanya.

Ia termaktub dalam Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan.

 Telahan Gopal Sri Ram terbukti kebenarannya apabila Badan Peguam Malaysia menganggap pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman tersebut "terang-terangan menyalahi perlembagaan" akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkannya.

 "Badan Peguam Malaysia berpandangan pelantikan Md Raus dan Zulkefli masing-masing sebagai hakim pelengkap dan terus memegang jawatan ketua hakim negara serta presiden mahkamah rayuan sebagai (langkah) melanggar perlembagaan secara terang-terangan.

  Sementalahan itu pula, dua pesara hakim - Seorang enggan dedahkan namanya dan seorang lagi ialah bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad - berpendapat tindakan itu menyalahi perlembagaan.

 Parti AMANAH Negara (AMANAH) akan memfailkan semakan kehakiman berhubung lanjutan tempoh khidmat Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara.

 Tindakan ini selepas Badan Peguam Malaysia, bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamed dan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan pelantikan itu bertentangan dengan perlembagaan.

 Sebaliknya peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula mempertahankan pelantikan itu dalam kenyataannya.

 Seperti biasa, Pas yang gemar berlagak sebagai pembela regim kleptokrasi Najib pun berkata, PAS percaya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah mendapat pesan tersirat perundangan sebelum berkenan dengan perlantikan tersebut.

PAS percaya Agong dapat nasihat
 Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, PAS percaya pesan tersirat pelantikan itu diberikan berdasarkan tafsiran Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan berhubung keanggotaan Mahkamah Persekutuan.

 Memang patut disekeh kepala Taki ni! Dia hanya tahu menyampuk dan menyokong apa saja hal untuk memihak kepada Najib tanpa menghuraikan tafsiran Fasal (1A) Perkara 122 tersebut.

 Walhal, bantahan tiga pesara hakim dan Badan Peguam Malaysia itu pun berdasarkan tafsiran Fasal (1A) Perkara 122 juga dengan mengemukakan pandangan mereka mengenainya.

Mereka berpendapat, pelantikan hakim pelengkap itu hanya untuk hakim biasa mahkamah persekutuan dan tidak boleh digunakan sebagai 'jalan belakang' untuk menyambung tempoh perkhidmatan seorang ketua hakim negara, atau jawatan penting lain.

Menurut Najib, pelantikan Md Raus dan Zulkefli berdasarkan kepada saranan ketua hakim sebelum ini, Tun Arifin Zakaria yang bersara pada 31 Mac lalu.


 Perlu diambil perhatian bahawa Tun Arifin Zakaria ialah ketuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim lalu.

 Sementara Md Raus ialah antara lima hakim tersebut, dan Shafee Abdullah merupakan peguam pendakwa.

  Shafee Abdullah pernah dituduh mendapatkan RM9.5 juta dari Najib. Begitu juga dengan Pas telah dituduh mendapatkan RM90 juta dari Najib.

  Sehingga kini masing-masing tidak berani nak saman orang yang menuduh. Shafie senyap tak kata apa-apa pun, sementara Pas masih dengan banyak sekali berdalih dan kini katanya masih mengutip dana kerana tidak cukup nak bayar kos guaman!

 Memandangkan faktor-faktor diatas, cadangan Tun Arifin dan sokongan Shafee Abdullah dan Takiyuddin Hassan itu hanyalah jadwal untuk membalas budi dedak yang diberi Najib dan mempertahankan regim kleptokrasi Najib.

 Bila Shafee dan Pas sokong tidakkah kita patut rasa curiga dan mencicipi adanya budi wangi yang tersembunyi disebaliknya?

 Sepatutnya Taki tidak perlu ngada-ngada nak menyibuk dalam hal ini. Uruskan dulu gosip skandal carbon creadit, perjanjian yang melibatkan 1 juta ekar tanah hutan simpan awet di Kelantan dan segera lakukan saman terhadap dakwaan Husam dan SR perihal RM90 juta yang dibayar olih Najib kepada Pas.




Baca Juga :
Kes saman fitnah Husam bicara Ogos
KPN Khalid, kami rakyat Malaysia sangat mencurigai kamu!
'Tunku, orang ini sudah tiada sekelumit pun malu'
SURAT TERBUKA PELAJAR TAHFIZ SELEPAS AWIE BALIK

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sebab Najib lanjutkan tempoh Raus jadi Ketua Hakim Negara"

Post a Comment