Berita Semasa

Sambutan Hari Raya AMANAH GOPENG Meriah


 Amanah Kawasan Gopeng telah mengadakan sambutan Hari Raya pagi ini di pinggir padang permainan di Tmn Maju Rapat Ipoh.

  Selain DS Nizar yang merupakan bakal calon Dun Sungai Rapat, turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Amanah negeri, Tn Hj Asmuni Awi, Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye dan Adun Teja, Chang Lih Kang.


Ketua AMANAH Kawasan, Badrin Khalil mengucapkan jutaan terima kasih kepada para teman yang telah menawarkan derma dan sumbangan untuk menjayakan majlis pada hari ini.

Antara tetamu kehormat yang hadir
 "Alhamdulillah kerana majlis kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan meriah. Semoga segala derma dan sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah." Katanya lagi.

Tn Hj Asmuni dan DS Nizar memberikan duit raya
kepada kanak-kanak
  Langkah menyediakan pelbagai juadah oleh kalangan jago sendiri  telah dapat menjimatkan perbelanjaan berbanding kalau makanan disediakan melalui tempahan katering.

Sdr Samsuri tauke Mihun Sup sedang beraksi
  Lemang disediakan bersama rendang ayam dan daging mendapat perhatian utama pengunjung. Tidak ketinggalan Meehun sup yang di sumbangkan oleh peniaga sup pasar malam yang terunggul di Ipoh, saudara Samsuri.

Awan Kawasan Gopeng bersama Datin Seri Fatimah
Bahagian buah dan aiskrim
Tidak ketinggalan yang menjadi referensi utama terutamanya bagi golongan anak-kanak adalah aiskrim. Hmm... orang renta pun turut terlior dibuatnya!




Baca Juga :
Tujuh Janji HAR^PAN bukti Agenda Islam
Kelantan bebas rasuah sama macam Najib dan Samy Vellu
Idris Ahmad terus dibuai mimpi dan mengigau di siang hari
AGENDA PENTADBIRAN ISLAM.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sambutan Hari Raya AMANAH GOPENG Meriah"

Post a Comment