Berita Semasa

RAKYAT BERSUJUD SYUKUR JIKA PAS - UMNO BERSATU

Oleh Zola


1. Annuar Musa hebat Umno. Nasharuddin Mat Isa, masih hebat Pas. Kedua-duanya bersuara dgn nada yg sama walaupun dgn lenggok bahasa yg berbeza. Dipercayai, mereka berdua juga punya niat yg sama iaitu Pas - Umno perlu memuktamadkan kerjasama yg lebih bersahabat berbanding sekadar bertaawun secara matang dan sejahtera. 

2. Umno mengaku parti Melayu dan Pas pula mengaku parti Islam. Apa salahnya demi Melayu - Islam, Pas dan Umno berafiliasi dlm PRU akan datang utk tidak berlawan sesama sendiri. Mereka fokus utk lawan PH saja. Mereka senang, rakyat pun senang utk buat keputusan. 

3. Mengeratkan kerjasama Pas - Umno atas nama taawun atau kolaborasi politik tidak berlawanan dgn hukum politik demokrasi. Bahkan bagi ulama Pas, kerjasama parti itu dgn Umno tidak berlawanan dgn hukum syarak mengikut qaul jadid (pendapat baru), selepas qaul qadim (pendapat lama) termansukh. 

4. Dalam qaul qadim, kerjasama dgn Umno haram karena Umno mendokong perlembagaan penjajah dan sembelihan orang Umno dikira bangkai karena mereka memisahkan agama dgn politik. Tapi qaul jadid sudah memansuhkan semua qaul qadim kerana perubahan masa, daerah dan waqi' (realiti). Realiti kini, kerjasama dgn Umno ialah harus. 

5. Annuar kata, Pas - Umno punya DNA yg sama. Nasharuddin kata, kerjasama itu perlu demi kebaikan negara. Nah, jikalau gayung sudah bersambut dan tepak sudah mencari sireh, apa salahnya saranan itu diraikan dlm sebuah program yg gilang-gemilang. Semua itu bukan lagi suatu kesalahan dlm hukum politik dan hukum agama. 

6. Saya fikir, Pas mesti lebih berani dalam langkah politiknya utk bersama dgn Umno kerana hebat Pas yg masih bersama Pas kini, terutama yg bersama dlm program fastaqim, tidak akan meninggalkan Pas walaupun halilintar membelah bumi. Setia mereka kpd Pas sama menyerupai setianya air bertakung dgn lumut. Lagi erat kesetiaan itu, lumutnya lebih hijau dan airnya juga akan jadi hijau. Makara apa salahnya takungan itu diperkemas? 

7. Hukum agama tidak lagi menjadi halangan sebab, idea politik matang dan sejahtera didokong oleh ulama Pas dan direstui oleh Presiden Pas yg bukan calang-calang orang. Beliau Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, sehingga ada tokoh ulana yg berkata, nak mencar ilmu fiqh, tauhid, politik, bahasa, belajarlah drpd Syeikh Abdul Hadi. Ini pengiktirafan yg tiada ternafi lagi. 

8. Mursyid Am Pas juga sudah melabelkan Amanah sebagai Muktazilah, lanjutan drpd DAP dilabel sebagai kafir harbi, PKR sebagai pragmatis, maka apa lagi alasan yg ingin dicari oleh ulama Pas. Takkanlah Muktazilah, kafir harbi dan golongan pragmatik mahu dibiar berkuasa selepas PRU akan datang. Takkan Mahathir nak dibiarkan. Semuanya mesti dihalang, bahkan wajib dihalang. 

9. Cara menghalang yg paling baik ialah Pas - Umno bersatu, berafiliasi atau lebih baik bergabung untuk lawan PH. Pas - Umno sudah punya matlamat dan niat yg sama, maka teruskanlah niat suci itu. Saya percaya rakyat Malaysia akan merestui niat dan hasrat Pas - Umno itu. 

10. Permudahkanlah rakyat utk membuat keputusan dlm PRU akan datang. Jika Pas - Umno berafiliasi lebih bersahabat dan lebih terang drpd apa yg sedang berlaku kini, bukan saja orang yg bukan Pas akan bersujud syukur, bahkan pentaksub Pas juga akan bersujud syukur dgn nikmat kerjasama itu.  sumber




Baca Juga :
BEER
BERAGAMA SECARA SENTIMEN DAN EMOSI
Kerjasama Umno-Pas Dilihat Beri Manfaat
SIKAP ORANG MELAYU ISLAM

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RAKYAT BERSUJUD SYUKUR JIKA PAS - UMNO BERSATU"

Post a Comment