Berita Semasa

Perangkap maut.

Oleh Arif Atan

7 Mac 2016, kebakaran Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi 
Batu 40. Image via Sinar Harian
Sekumpulan keluarga mangsa kebakaran sentra tahfiz bangun mahu menuntut keadilan. Bak pesan Hamka, usah pernah menuhankan seorang insan sehingga "tidak boleh disalahkan, dan dipandang tidak pernah bersalah".

Moga lebih ramai keluarga mangsa bangun rasional berbuat demikian sebagai iktibar kepada ustaz tuan punya sentra tahfiz yang lain - jangan sanggup sumbat pelajar dalam perangkap maut.

Alasan bangunan sementara, khianat, mangsa syahid dan kemuncak kepada proses pembodohan - "Tak nak fikir panjang alasannya ialah benda sudah jadi" bukan jampi untuk masyarakat pejam mata perihal kecuaian pengurusan sentra tahfiz.

Ayat klise rumusan karangan budak sekolah, "Semua pihak mesti bertanggungjawab" harus bermula dengan kesedaran dan kebertanggungjawaban pemilik/pengelola/pengetua/mudir sentra tahfiz itu sendiri.

Bukankah sesuatu kaum tidak berubah selagi kaum itu sendiri tidak cuba untuk berubah? Dalam konteks ini, 'kaum' pemilik sentra tahfiz terlebih dahulu kena berubah utamakan ciri keselamatan.

Putrajaya badan 100 jawatankuasa bentang 1,000 syor naik taraf sentra tahfiz pun bila pentadbirnya tidak patuhi garis panduan keselamatan sedia ada, jangan nak 'feeling' sangat bila sentra tahfiz terbakar lagi untuk kali ke-213 selepas ini dan seterusnya hanya dalam tempoh kurang 2 tahun sebagai sudah takdir.

Kalau Perdana Menteri umum tambah lagi dana RM30 juta untuk sentra tahfiz pun, masyarakat pula simpati tidak bertempat terus mengembungkan poket ustaz pengetua sentra tahfiz tapi bila mereka sendiri tidak berubah untuk mengutamakan keselamatan, tak guna juga.

Kalau masyarakat terus semoga reaksi menyerupai "tak nak fikir panjang benda sudah jadi" oleh pemilik sentra tahfiz selepas berpuluh nyawa melayang kerana TERPERANGKAP, nyatalah kita sendiri tanpa sedar hanya berfikiran simplistik.

Melayu yang 'tersihir' dengan apa saja hal bersangkut dengan agama tanpa sedar menjadi jurucakap pentadbir sentra tahfiz yang sambil lewa gosip keselamatan sekaligus tidak menghormati NYAWA kanak-kanak untuk mencar ilmu dan hidup dalam persekitaran yang selesa lagi selamat.

Melayu mesti rasional. Bezakan institusi tahfiz dengan orang yang dipanggil ustaz sebagai pemilik sentra tahfiz.

Institusi tahfiz itu cantik dan sama sekali sebagai orang Islam tidak persoalkan.
Yang kita wajib persoalkan, kebertanggungjawaban dan kejujuran pihak pengurusan atau pemilik sentra tahfiz itu.

Kita mahu sentra tahfiz yang berkualiti termasuk aspek keselamatan. Pengetua atau mudir yang tidak cuai aspek keselamatan pelajarnya selain tentunya pengajaran yang bermutu menjamin institusi tahfiz dihormati bukannya mengundang tanggapan keji.

Kita tidak mahu sentra tahfiz yang banyak bercambah tak tentu hala tapi hakikatnya membahayakan tubuh, jiwa dan logika kanak-kanak.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perangkap maut."

Post a Comment