Berita Semasa

PENTAS INVOKE SEBAGAI SAKSI MATINYA SEORANG PEJUANG YANG MELAWAN KEZALIMAN


Oleh : Wfauzdin 

 Aku tak dapat nak bayangkan apa perasaan yang bermain2 di dalam fikiran YB Rafizi Ramli disaat ia menatap kali terakhir jasad Almarhum Cikgu Razali, pimpinan PPBM Johor yg juga mantan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kluang, Johor.

 Sejarah hitam tapi penuh bermakna buat INVOKE. Pentas INVOKE melakar sejarah yang menyaksikan seorang pejuang rakyat yang rebah di pentas ini sewaktu menentang kezaliman rejim. Kata2 tamat Arwah sebelum tersungkur ke bumi, 

 " Jika aku bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kluang, boleh tinggalkan Umno, kenapa tidak jago Umno yang lain?".

 Bertuah buat mereka yang rebah disaat menentang kezaliman dan amat malang buat sesiapa yang rebah ketika bersujud di kaki pemerintah yang zalim. 

Arwah bukan sahaja telah meninggalkan Umno, bahkan telah meninggalkan bumi yang di atasnya terpacak seorang Penguasa Kleptokrasi.

Buat Sdr Rafizi, jangan merasa duka dan lemah semangat. Jadikan pemergian Almarhum di atas pentas INVOKE itu sebagai penyuntik semangat kelian dan tunaikan hajat Almarhum iaitu rejim Umno/Bn itu wajib ditumbangkan.

 Aku mencadangkan biar potret Almarhum diletakkan di belakang pentas (Backdrop) INVOKE sebagai kenangan yang tidak akan dapat kita lupakan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PENTAS INVOKE SEBAGAI SAKSI MATINYA SEORANG PEJUANG YANG MELAWAN KEZALIMAN"

Post a Comment