Berita Semasa

Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang

 ARIF ATAN Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEH

Faiz Fadzil bersama Izham Hashim dan Salahuddin Ayub
di lokasi saat operasi perobohan hari ini.
 Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil menegaskan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Petaling wajar menghormati proses undang-undang bukannya merobohkan dua rumah kedai yang didiami dua keluarga pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang.

Pada masa sama, ujarnya, tindakan pejabat tanah berkenaan serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini merobohkan kesemua premis terbabit tidak harus berlaku.

 “Kita menggesa pejabat tanah dan MBSA untuk menghormati proses undang-undang. Seharusnya tindakan meroboh ini ditangguhkan.

 “Satu perkara yang tidak harus berlaku. Ini satu perkara yang begitu mendukacitakan memandangkan mereka ialah orang lama yang banyak menyumbang jasa dalam perkembangan syiar Islam di daerah ini,” ujarnya kepada pemberita di lokasi tersebut.

 Peguam berkenaan yang dalam kunjungan kali kedua itu memaklumkan perbincangan dengan pemilik premis terlibat akan dilakukan bagi tindakan selanjutnya.

 “Kami mengharapkan semoga pembelaan terhadap pemilik premis ini dititikberatkan oleh kerajaan negeri Selangor,” ujarnya lagi.

 Sementara itu, Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim yang turut berada di lokasi saat berlangsungnya operasi perobohan berkata, isyarat tersebut ialah daripada pihak kerajaan Persekutuan tetapi menggunakan jentera di bawah kerajaan negeri.

 “Arahan (merobohkan) ini datang daripada Persekutuan tapi menggunakan pejabat tanah dan PBT (pihak berkuasa tempatan) di negeri Selangor.

 “Ini yang kita rasa sangat terkilan kerana mereka yang berkehendakkan tindakan ini (meroboh) dibuat tetapi menggunakan logistik dan tenaga daripada kerajaan negeri Selangor,” tambah Izham lagi. 

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok dari Pas, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi turut hadir di lokasi perobohan.

 Sumbangan

 Dalam hal berkaitan, Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Abbas Azmi memberitahu pihaknya sebelum ini telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu pengusiran dua keluarga terbabit oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).

 “Sekurang-kurangnya ditangguhkan perobohan tetapi mereka berkeras juga meneruskan perobohan kononnya mereka (dua keluarga) menceroboh,” ujarnya.

 Sehubungan itu, ia berkata, Pemuda AMANAH Selangor melancarkan kutipan pertolongan kilat bagi sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung keluarga Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul.

 Orang ramai dirayu menghulurkan sumbangan menerusi akaun BIMB 1203 8010 1271 65 atas nama Pertubuhan Suara Progresif Selangor.

Kak Bada (tengah) ahli keluarga mangsa sedang
ditenangkan oleh seorang anggota Awan AMANAH
 Kedua-dua ketua keluarga berkenaan sebelum ini telah beberapa kali mendapat notis meminta mereka mengosongkan tanah di Lot 1210 Mukim Sungai Buloh.

 Mereka juga diarah berpindah tanpa sebarang rundingan yang sewajarnya termasuk pampasan lebih setimpal. Abd. Razak yang bertugas sebagai bilal masjid itu bersama rakan sejawatnya, Yaakob itu mendiami rumah tersebut semenjak pertengahan tahun 1990-an.

 Mereka turut memiliki surat kebenaran untuk tinggal di daerah berkenaan daripada bekas setiausaha Masjid Lapangan Terbang Subang saat itu, Zakaria Md Noh.

 Walau bagaimanapun, tiga unit kediaman dan dua kedai milik mereka dirobohkan mulai jam 10.30 pagi hari ini dengan dipantau anggota polis.

 Sembilan hebat Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Setiausaha Agungnya, A Sivarajan ditahan selepas cuba menghalang operasi perobohan diteruskan dengan membentuk benteng manusia. sumber




Baca Juga :
Azmin punya pasal,. Pakatan Harapan dapat nama amis
DAP bukan parti Cina. Tidak ibarat MCA
MELANGKAH KE HIMPUNAN SAYANGI MALAYSIA
MUFTI PERLIS vs PENGUSAHA PUSAT TAHFIZ

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang"

Post a Comment