Berita Semasa

PAS PATUT KONGSI INFO 1MDB


 Pas patut berkongsi lebih banyak maklumat mengenai pertemuan Pas-1MDB petang tadi.

Khususnya mengenai apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden Pas sebagai 'Pas berpuas hati' dengan pelan rasionalisasi.

Antara yang perlu dikongsikan antara lain ialah:

1. Dari mana 1MDB akan memperolehi RM 2.5 bilion untuk bayaran kepada Ipic yang termungkir pada 31 Julai lalu?
(Kalau bukan dibayar oleh Kerajaan Malaysia menerusi pengeluaran bon).

2. Pelan rasionalisasi mana yg menghasilkan RM 2.5 billion untuk bayaran itu bila benar 1MDB sendiri membayarnya?

3. Kenapa bayaran pertama kepada Aabar dulu dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang salah?

4. Apa tindakan yang telah diambil ke atas pengurusan atas 'kesilapan' itu sehingga kini?

5. Kenapa 1MDB tidak berterus terperinci wacana salah pembayaran itu dengan rakyat Malaysia selama ini?

6. Jika ia tidak tersalah bayar, kenapa 1MDB tidak berjaya menandakan hal itu semasa Arbitrasi di London?

Adakah isu-isu ini dibangkitkan oleh Pas semasa bertemu Arul?

Jika ya, ia patut dikongsikan dengan rakyat jelata.Barulah kami boleh faham apa yang telah Pas berpuas hati.

YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
15 Dzulkaedah 1438/7 Ogos 2017




Baca Juga :
PENDAPAT RINGKAS BERKAITAN KEDUDUKAN KES FITNAH HADI AWANG (PAS) vs CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) DI LONDON, UNITED KINGDOM !!!
Omar dan lebai-lebai Pas  bersama Najib sampai ke jannah!
Kami boleh dapatkan undi India, kata Hindraf kepada Dr M
Pas wajib menghalang Umno BN untuk terus melaksanakan kezaliman

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS PATUT KONGSI INFO 1MDB"

Post a Comment