Berita Semasa

Pas mengiktiraf Najib dan Umno sebagai pejuang agama hanyalah sebagai tujuan membodek dan menjilat


  Amboi, sedapnya Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali menjilat Najib! Dia kata Pas “suka” bersama Umno ialah demi memperkasakan Islam.

  Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan PM Najib Razak semalam yang berkata "PAS suka Umno kerana perjuangan martabat Islam"  sumber

 Nampaknya Pas dan Umno masing-masing mendabik diri mereka kononnya berjuang untuk memperkasakan Islam. Phuit!

 Tidak malukah orang yang mengaku ulama macam at-Takiri ini boleh mengiktiraf Najib dan Umno sebagai memperjuangkan Islam? Sedangkan satu dunia telah tahu bahawa Najib ialah seorang Kleptokrasi - pemimpin negara yang mencuri wang rakyat dan negaranya sendiri!

 Mantan Perdana Menteri, Tun M sendiri berulangkali memanggil Najib pencuri dan mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “derma” RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun beliau.

 Mahathir kata, “kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai kleptokrasi iaitu kerajaan pencuri, penyangak dan perompak”.  sumber

 Tiba-tiba at-Takiri iktiraf Najib dan Umno sebagai pejuang agama? 

Dulu puak-puak Pas macam at-Takiri inilah tuduh Umno kafir, maka kafirlah Umno. Hari ini puak-puak yang sama ini pula kata Umno pejuang Islam, maka pejuang Islamlah Umno!

 Dimanakah letaknya harga diri seorang ulama menyerupai at-Tikiri ini jikalau begitu bebal sekali sampai mengiktiraf seorang penyangak sebagai pejuang Islam?

 Inilah gara-gara tanggapan tergoda dedak yang sehingga kini Pas tidak berani nak saman Sarawak Report yang telah mendakwa Pas terima RM90 juta dari Najib.

 Begitu juga dengan dakwaan Husam Musa perihal perkara yang sama, sampai kini Pas tidak berani nak saman Husam walaupun pada mulanya Tuan Man Tuan Ibrahim beriya-iya mengancam mahu menyaman Husam. Sampai sekarang Husam masih ternanti-nanti writ saman dari Pas.

  Pas tidak layak menggelar diri mereka sebagai pejuang agama, apatah lagi nak beri gelaran seumpama itu kepada Najib dan Umno.

 Tetapi Pas mengiktiraf Najib dan Umno sebagai pejuang agama hanyalah sebagai tujuan membodek dan menjilat  pemimpin yang berkuasa semata-mata. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pas mengiktiraf Najib dan Umno sebagai pejuang agama hanyalah sebagai tujuan membodek dan menjilat"

Post a Comment