Berita Semasa

PAS menggunakan skrip lapuk UMNO


 Dulu PAS lah yang menentang habis-habisan dan menolak politik perkauman tetapi sekarang PAS pula yang mewujudkan api perkauman. PAS ini tidak ubah menyerupai UMNO yang cuba menggunakan isu kaum untuk menarik undi dengan menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP agar mereka tidak mengundi pembangkang.

Dulu semasa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, merekalah yang memanggil Tun M "Ultra Melayu" tapi sekarang mereka kata Tun M diperkudakan oleh DAP. 

Betapa mudahnya seseorang yang dikenali sebagai "Ultra Melayu" tapi sekarang ini difitnah sebagai kuda DAP. Secara logiknya, mana mungkin seseorang yang diperkudakan oleh DAP bisa menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Saya nak tanya kepada Pemuda PAS, yang mana satu betul, Tun Ultra Melayu atau pun kuda DAP?

Walaupun DAP menang SEMUA kerusi yang dipertandingkan dalam PRU-14 ini, mereka tidak akan bisa membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan tanpa parti-parti komponen Pakatan Harapan yang majoriti nya . Ini kerana kerusi yang akan ditandingi DAP tidak banyak.

BERSATU ialah parti pribumi yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu-islam tanpa mengenepikan hak-hak kaum yang lain. Bukan DAP yang mendominasi Pakatan Harapan, kita juga ada Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara dimana majoriti daripada mahir parti itu ialah Melayu dan Islam.

Kita sepatutnya menggunakan politik sebagai alat perpaduan tetapi sekarang mahir politik yang memecahkan kita. Kita perlukan pemimpin daripada pelbagai kaum tapi masih ada hasutan-hasutan berunsur perkauman yang dilakukan. Hentikan lah politik perkauman bawa politik yang matang.

Lagi PAS gunakan skrip lapuk UMNO, lagi terang kepada rakyat bahawa 1 undi untuk PAS sama dengan 1 undi untuk UMNO.

Mungkin betul lah apa yang dikatakan selama ini, PAS selepas zaman Arwah TGNA telah pun hilang arah. Sangat sayang sekali. Sangat sangat sayang sekali.

Syed Saddiq

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS menggunakan skrip lapuk UMNO"

Post a Comment