Berita Semasa

Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar!


   Walaupun Tun Mahathir sendiri telah membuat kenyataan yang ia sedia didakwa atas segala tuduhan ke atasnya dan akan beri kerjasama, namun  Otai Reformis Pusat tetap bertegas menentang kepimpinan Dr Mahathir  untuk bersama Pakatan Harapan demi untuk bersama 'menyelamatkan Malaysia.

DSAI dan keluarganya telah memaafkan Dr Mahathir secara peribadi. Kalau Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah boleh terima Dr Mahathir, apasal Otai Reformis bertindak lebih sudu dari kuah?

 Seorang sobat menunjukkan reaksinya secara sinis menulis :
 "Otai Pusat tak lupa kena cotar dan air asid fru masa zaman Mahathir dulu tu... Tapi Anwar yang kene bogel dan kene tumbuk rilek je."
Otai Reformis nampaknya sudah mengambil pendirian  yang berbeza dalam perjuangan mereka yang selama ini menyokong reformasi laungan Anwar Ibrahim.

 Pendirian dan sikap gres Otai Reformis telah mengakibatkan dua tonggak utama kepimpinannya telah meletakan jawatan dalam NGO tesebut.

 Hanya kerana mempunyai jawatan dalam parti Amanah Negara, YB Saari Sungib terpaksa meletakan jawatannya sebagai pengerusi dalam NGO Otai Reformasi.

 Keputusan Otai Reforamasi biar mana-mana ahlinya yang mempunyai jawatan dalam mana-mana parti melepaskan jawatan yang disandang itu ialah tindakan yang tidak matang.

 Keadaan ini saling tak tumpah mahu mengikut perangai buruk parti lama Saari Sungib yang marahkan ahlinya menyertai NGO PASMA suatu saat dulu.

 Hingga  ada yang mahu sertai PSM nak lawan Pakatan! Ini ialah tindakan yg melampau. Daripada menyokong tetapi sekarang sudah bertukar jadi penentang! - sanggup bakar kelambu sbb marahkan nyamuk!

 Tindakan yg terbaik baginya sepatutnya ialah tawaquf dengan tidak menyertai mana-mana parti politik dan jadi pemerhati politik sahaja.

  Otai Pusat dah jadi tali hayat Umno sebagaimana parti suci Lebai. Walau bagaimana pun, aku dimaklumkan Otai Reformis Perak tidak bersama dengan keputusan Otai Pusat.

 Otai Perak tetap bersama perjuangan menentang regim Najib Kleptokrat. Otai Perak akan bermesyuarat hari ini dan akan menyatakan sikap mereka dalam informasi tersebut.




Baca Juga :
Jangan diperbodohkan macam Hj Hadi, kata Khairuddin
PENEROKA FELDA DAN RAKYAT AKAN BAYAR "GULA-GULA" YANG DIUMUMKAN PERDANA MENTERI
Ketua SPRM jangan cakap politik!!
Kit Siang 'bangga' dilabel 'pemimpin paling berkuasa' oleh Najib

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar!"

Post a Comment