Berita Semasa

Oh Pocot! Rupanya ini beliau kejutan itu?


Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan pernah mewarwarkan akan mengumumkan kejutan seminggu sebelum berlangsung Perhimpunan Fastaqim 2.0 yang bakal berlangsung hujung bulan ini.
“Kita ada beberapa kejutan yang aku akan maklumkan seminggu sebelum Fastaqim 2.0.  
“PAS pasti islam, kita konsisten memperjuangkannya untuk keadilan semua, segala bentuk penyelewengan, rasuah dibasmi dan mengembalikan kesejahteraan Islam…..”  sumber
PAS yang menyasarkan kehadiran 200,000 orang; nampaknya begitu terdesak hinggakan presiden parti itu, Hj Hadi mengeluarkan instruksi anggota parti hadir ke perhimpunan tersebut dengan katanya :
 “menunaikan kesepakatan dan taat setia kepada perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini.” 
Sama-samalah kita tunggu dan saksikan daripada jumlah 1.3 juta orang mahir Pas, berapa orang yang akan menunaikan kesepakatan dan taat setia kepada perjuangan Islam....

Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi perhimpunan itu bermula, namun sehingga kini tiada apa-apa pengumuman yang mengejutkan sesiapa pun!

Cuma yang mengejutkan kita semua kerana adanya program judi dalam perhimpunan Fastaqim 2.0 ini iaitu pertandingan memancing yang mengenakan bayaran RM40/- bagi satu joran!

Begitu sekali terdesaknya parti suci itu mahu menarik kehadiran ahlinya sampai mengumpan mereka dengan hadiah-hadiah yang lumayan dengan menganjurkan pertandingan memancing.

Nampaknya ahli-ahli Pas yang taksub membabi buta ini masih tidak sedar betapa mereka telah dieksploitasi oleh pemimpin mereka.

Betapa mereka semua telah diperbodohkan : Penganjur mengumpan mereka dengan hadiah lumayan bertujuan mahu memancing wang ringgit mereka.

Sedangkan para peserta, selain terpaksa membayar RM40 untuk satu joran, kena sediakan umpan sendiri, makan minum dan lain-lain keperluan...

Mereka yang taksub tegar tetap bersemangat dan perasan bahawa itulah infak jihad fi-sabilillah. Kononnya mereka telah menunaikan tuntutan ayat " Tu'minuna billahi warasulihi watujahiduna fi sabilillahi bi amwalikum...."

Mereka harus menyedarai bahawa penganjur yakni broker judi; kerana wang penyertaan yang terkumpul dijadikan hadiah; maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Pas yang masih belum reda dari terpekik terlolong membantah Oktoberfest, tiba-tiba mereka sendiri mahu mengadakan Pesta Judi Bejemaah pula! Apakah ini kejutan yang diikatakan oleh Nasruddin?

Tentunya kita semua bukan sahaja terkejut, malah terkedu kehairanan. Bagaimana mereka ini yang mendabik dada kononnya merekalah tonggak terakhir mempertahankan Islam, tiba-tiba menganjurkan Pesta Judi Berjemaah?!

Oh Pocot!! Rupanya ini beliau kejutan itu?




Baca Juga :
Tu dia! Main bola kena pakai sarong?
Husam : Umno dan PAS tidak akan berlawan sesama sendiri!
Kisah Tun M ke rumah Mat Sabu
Bekas penghuni sentra JKM dakwa warden liwat sampaumur dibiarkan bebas

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Oh Pocot! Rupanya ini beliau kejutan itu?"

Post a Comment