Berita Semasa

Mengapa Dap menjadi sasaran Pas?.


  Semalam dalam Dailog Politik di Pasir Mas ada orang Pas tanya ambo mengapa Amanah dok berbaik dengan Dap yang menolak hudud????.....ambo jawab:

 1. DAP tu (maksud ambo ahlinya yang bukan Islam) bukan setakat tolak hudud, Islam pun beliau tolak, Yang Mahakuasa pun beliau tak percaya, Nabi Muhammad beliau tak mengaku, sembahyang puasa pun beliau benci.  

   Mengapa Pas hanya sensitif jika Dap tolak hudud, tetapi tidak sensitif jika Dap tolak puasa, solat dll?.....sebab hanya hudud yang boleh dijadikan modal politik Pas, selain daripada hudud, apa saja yang Pas bawa tak laku.

 2. Semua parti lain termasuk UMNO, PKR, PBPM menolak cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas kerana dilema teknikal dan undang undang serta keutamaan semasa, bukan kerana tolak hudud sebagai hukum Allah, bahkan MCA dan Gerakan hingga tahap saman Kerajaan Kelantan kerana laksanakan hudud.

 Mengapa Dap sahaja yang menjadi sasaran Pas?....sebab hanya Dap yang boleh mengalahkan MCA,MIC, Gerakan dll parti bukan melayu yang menjadi tongkat UMNO, lalu Pas cuba mengambil hati UMNO dengan membantu UMNO serang Dap. PAS dan UMNO sendiri tidak pernah bertanding menentang Dap.   

3. Semua rakyat Malaysia masih berhubung baik antara penyokong Dap, Pas sendiri di Kelantan mempunyai korelasi yang rapat dengan Dap dalam episode lombong, balak dan tanah, bahkan di Selangor Pas masih bersama Dap memerintah Selangor.

 Mengapa Pas hanya memutus korelasi dengan Dap di segi politik sahaja, tetapi tidak dalam episode lain?.....sebab Dap berupaya membantu parti parti lain mengalahkan BN selain BN sendiri tidak bisa mengalahkan Dap di tempat bukan melayu, Pas tidak mahu BN kalah.

 Kalau lah berkawan dengan Dap tu menjadi satu kesalahan di segi Islam, sudah tentu Pas tidak akan bersama Dap di Selangor dan di dalam PR, tetapi Pas hanya dilihat menentang Dap mulai tahun 2015 sahaja, sebelum ini Pas amat erat dengan Dap.  fesbuk Che Ibrahim Mohamed




Baca Juga :
Fatwa Hj Hadi :  Wajib sokong DAP, haram sokong Umno sampai kiamat!
Scandal Carbon Credit Kelantan - Climate Protectors Sdn Bhd Buntu..?
Rugi RM 9 Juta : 4 Anak Syarikat Ladang Rakyat Negeri Kelantan Tutup Kedai
Usul 'fatwa ikat mahkamah' wajar bermula di Kelantan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mengapa Dap menjadi sasaran Pas?."

Post a Comment