Berita Semasa

MELAYAN NGOMELAN ABDUH YANG KIAN TERSASAR JAUH, PAS DAN UMNO YANG MALANG


1. Abduh kata, penyokong Amanah ialah pemberontak di desa. Aku kata, pemberontak di desa ialah pentaksub Pas. Apabila banyak cawangan Pas berkubur kerana ahlinya sertai Amanah, pentaksub Pas tak mau bersalam, tak mahu bermakmum dan tak mahu pandang muka orang Amanah. Pentaksub Pas memberontak kerana orang keluar Pas. Abduh tak perasan? 

2. Kata Abduh, usaha reformasi dan islah di kampong digerakkan oleh Pas dan sudah berlaku sejak sekian lama. Aku kata, di kampong, Pas bukan gerakkan reformasi dan islah, tetapi suburkan faham takfiri. Lupakah Nik Abduh, bagaimana pentaksub Pas tak pergi makan kenduri orang Umno? Sedarkah Nik Abduh, pentaksub Pas tak mahu solat mayit orang Umno? Begitukah namanya reformasi? 

3. Kata Abduh, kerana sifat gopoh dan bersikap 'profesor google', mereka mencicipi ia proses yang amat lambat. Aku kata, orang yg gopoh ialah pentaksub Pas. Gopoh mentakfir, melabel orang Amanah sejak sebelum Amanah tertubuh secara rasmi. Bahkan lebih awal lagi, gelaran Anwarinas, doa laknat, boo sudah berkumandang dalam muktamar. Pentaksub Pas gopoh utk menyingkirkan orang yg tak sealiran dgn mereka karena mereka terhalang utk lebih rapat dgn Umno. 

4. Abduh kata, fatwa mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf... Mereka kekejangan melihat PAS yang 'kool' .... Aku kata, perasan diri sendiri suci menimbulkan pentaksub Pas melihat orang lain yg tidak sealiran dgn mereka sebagai kotor. Pas kekejangan melihat sedikit demi sedikit rakyat Malaysia semakin mengenali wajah sebenar Pas. Kekejangan itu sudah hingga ke tahap serius sehingga sanggup memfitnah orang yg tak masuk Pas sebagai masuk Pas semasa Fastaqim. Pas yg kejang kan? Fitnah pun kira cool ke? 

5. Abduh kata, mereka memberontak terhadap PAS dan seni dakwahnya. Aku kata, menerakakan orang lain, memanggil orang dengan panggilan buruk, itu seni dakwah mengikut Abduh? Dari mana Abduh berguru seni itu? Daripada Umno? Atau, taawun dgn Umno dan sedondon dengan Najib pun seni dakwah juga? Kalau itu dikira seni, memang senilah. Seni utk dapat dedak...! 

6. Abduh kata, entah dadah 'flakka' apa yang DAP bagi makan hingga otak jatuh ke lutut. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu. Uhh mengerikan.. Aku kata, entah dedak jenama apa yg diberi oleh Umno sehingga Abdul Hadi dan Abduh serta gengnya lupa habis jenayah Umno, termasuk jenayah yg Umno lakukan kpd ayahnya. Abdul Hadi dan Najib dah jadi satu. Abduh dan orang Umno pun dah bersetu...? Fuh...ngerinya. 

7. Abduh kata, ...di kampung dan desa, mereka terpencil kerana asyik berkempen menjual 'sumbu' bagi menghadapi 'The Last Days' of Malaysia itu. Aku kata, di bandar, pinggir bandar bahkan di kampong juga, Pas semakin terpencil. Pas hanya harap sumbu Umno utk tumpang cerah. Pesta arak dicanang sana-sini, padahal ia ialah usulan MCA, rakan sebantal Umno. Tapi Pas tak marah MCA karena jikalau marah MCA, sama macam marah Umno. Kalau Pas marah Umno...faham-fahamlah...! 

8. Kata Abduh ...ahli AMANAH datang dari IKRAM yang dianggap dedalu dalam sejarah gerakan Islam Malaysia. Aku kata, perosak kebangkitan Islam dalam wajahnya yg penuh rahmat di Malaysia ialah Pas. Ketika Umno sudah nyawa-nyawa ikan, Pas penyumbang oksigen kpd Umno. Pas memang gagal memahami waqi' Malaysia, bahkan Pas gagal selepas berusia 60 tahun utk mentaqbiqkan nusus mengikut realiti. Dgn sewenang-wenangnya Pas menafsirkan nusus mengikut selera dan nafsu politik pemimpinya yg tersedak dedak Umno. 

9. Abduh kata, antara matlamat besar AMANAH sebelum melangkah ke Putrajaya ialah menghancurkan PAS. Aku kata, Pas akan hancur sendiri. Dan jikalau ia dihancurkan oleh pihak lain, penghancur Pas ialah orang-orang ibarat Abdul Hadi dan Abduh. Abduh ialah pelaksana impian Umno utk mengekalkan kuasanya. Pas penghancur harapan rakyat utk menguburkan Umno. Pemberi oksijen kepada Umno ialah butir tahi Najib. 

10. Abduh kata, pergi meninggallah. Aku kata, Pas yg patut meninggal. Orang ibarat Abduh patut tidak berada dlm pentas politik negara, bahkan patut tidak berada dlm gerakan rakyat utk tumbangkang Umno. Pas rosakkan aspirasi rakyat, Abduh tukang bawa oksigen kpd Najib dan Umno. Jika Pas nak meninggal, silakan. Rakyat Malaysia tak rugi apa-apa pun. 

USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MELAYAN NGOMELAN ABDUH YANG KIAN TERSASAR JAUH, PAS DAN UMNO YANG MALANG"

Post a Comment